Saturday, August 24, 2013

Tahap korup Mubarak

Nama Hosni Mubarak tidak boleh diselindung lagi untuk disenaraikan dalam nama-nama diktator kaya di seluruh dunia. Hampir semua diktator di dunia ini selalu mempunyai pola yang sama iaitu pada dasarnya meninggalkan kekuasaannya setelah mencuri wang dari rakyatnya.

Pemimpin Afghanistan, Hamid Karzai adalah satu contoh seorang lelaki yang disuap AS dan menimbun kekayaan sendiri sementara negaranya kelaparan.
Berapa besar kekayaan Mubarak? Menurut sebuah laporan, Mubarak sekurang-kurangnya menyimpan kekayaan peribadi bernilai 40 bilion dolar.

Selama 30 tahun berkuasa, keluarga Mubarak menguasai hartanah, perolehan tunai, kapal layar kerajaan dan mempunyai 40 bilion dollar dalam bentuk tunai.

Selain itu juga dia didakwa masih mempunyai aset tersembunyi di bank di seluruh dunia untuk memudahkan akses. Di antaranya di Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerland, Scotland, United Kingdom, Dubai, Madrid dan negara-negara lain. Keluarga Alaa Mubarak mempunyai kekayaan di dalam negera atau di bandar-bandar besar Amerika Syarikat Washington, LA, dan New York.
Isteri Mubarak, Suzanne Mubarak dan kedua anaknya juga sangat kaya. Suzanne ditaksir mengumpul kekayaan sampai 3-5 bilion dollar dan dugubakan untuk peribadinya sendiri.

Kekayaan Mubarak juga mempunyai hubungan besar dengan kepentingan korporat AS seperti Marlboro, Hermes, McDonalds, Vodafone, Hyundai, Chile dan syarikat besar yang lain.

Kini Mubarak telah dibebaskan dari penjara. Pemerintah Mesir juga menyatakan bahawa Mubarak bebas dari rasuah.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com.

0 Responses to “Tahap korup Mubarak”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam