Thursday, August 8, 2013

Ucapan Ratu Elizabeth untuk Perang Dunia ke 3

Kerajaan Britain menulis teks ucapan ketika ketegangan hubungan yang berlaku antara Kesatuan Soviet dan Barat 30 tahun lalu yang akan disampaikan oleh Ratu Elizabeth berkaitan peluang berlakunya perang nuklear, menurut arkib dokumen yang baru didedahkan kepada awam, Khamis (01/08).

Dalam ucapan tersebut, ratu mendesak warga Inggeris untuk tetap bersatu dan tegas dalam menghadapi "kegilaan perang." Ditulis oleh para pegawai kerajaan, ucapan andaian itu adalah sebahagian daripada latihan rahsia yang direka untuk persediaan Britain menghadapi ancaman kemungkinan berlaku Perang Dunia Ketiga, tetapi tidak pernah disiarkan.
Dokumen rahsia teks ucapan Ratu Elizabeth WW III 1983
Ucapan itu bermula dengan merujuk kepada ucapan perayaan hari krismas dan tahun baru buat warga British "Kengerian perang tidak boleh tampak lebih jauh saat saya dan keluarga berkongsi kegembiraan natal kami dengan seluruh rakyat Inggeris," menurut teks ucapan yang perlu dibacakan ratu itu.

"Sekarang, kegilaan perang sekali lagi menyebar di dunia dan negara kita harus berani mempersiapkan diri untuk bertahan hidup melawan rintangan yang besar." ucapan ratu itu dijangka akan disiarkan pada tahun 1983 dengan latar belakang ketegangan hubungan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet di mana Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan ketika itu menggambarkan Kesatuan Soviet sebagai "empayar jahat".

Dalam teks ucapan ratu seterusnya, "saya tidak pernah melupakan kesedihan dan kebanggaan yang saya rasakan semasa saya dan adik perempuan saya mengerumuni alat pembesar suara di bilik kami untuk mendengar ucapan inspirasi ayah saya (King George VI) pada hari yang menentukan perang pada tahun 1939 (pada awal dari Perang Dunia II).
"Tidak pernah saya membayangkan jika kelak tugas mengerikan ini pada suatu hari harus saya pikul." Menyebut ikatan kehidupan keluarga sebagai pertahanan terbesar terhadap musuh yang tidak diketahui, ucapan itu juga menyebutkan putera kedua ratu, Andrew yang bertugas sebagai Tentera Laut Diraja ketika itu. "Jika keluarga tetap bersatu dan tegas, memberikan perlindungan bagi mereka yang hidup sendirian dan tidak dilindungi, negara kita akan bertahan dan tidak dapat dihancurkan," katanya.

Dokumen itu dikeluarkan oleh Arkib Negara sebagai sebahagian daripada kaedah-kaedah untuk membuka kepada awam catatan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Kabinet selepas 30 tahun. Dokumen itu juga mendedahkan bagaimana Margaret Thatcher yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Britain ketika itu, menolak idea untuk melantik William Hague yang ketika itu berusia 21 tahun sebagai penasihat Kementerin Kewangan. Kini William Hague menjawat sebagai Menteri Luar.

"Tidak," tulisnya, menggariskan kata itu tiga kali sebelum menambah "Ini adalah hal yang akan sangat dibenci oleh banyak pihak yang mempunyai pengalaman dalam ekonomi kewangan.

Diterjemah dari oleh Detik Islam dari sumber fiqhislam.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

1 Responses to “Ucapan Ratu Elizabeth untuk Perang Dunia ke 3”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam