Saturday, December 14, 2013

Banjir Besar di Gaza

Genting Gaza dilanda angin kencang dan hujan lebat pada hari Jumaat semalam (13/12/2013) sehingga menyebabkan banjir yang mencapai tahap berbahaya di kawasan tersebut. Banjir juga telah memaksa ribuan penduduk Gaza meninggalkan rumah mereka di tengah gangguan kuasa dan kekurangan bahan bakar.

Banjir semalam merupakan yang paling teruk di Gaza utara, di mana ketinggian air mencapai 40-50 cm di beberapa bahagian sehingga memaksa penduduk meninggalkan rumah untuk berpindah dengan menggunakan perahu.

Kerajaan Hamas di Gaza dalam satu kenyataan pada hari Jumaat semalam menyatakan bahawa sebanyak 2825 orang telah dipindahkan dari rumah mereka yang melibatkan seramai 458 keluarga.

Mangsa banjir kini ditempatkan di sekolah-sekolah yang ada di seluruh Gaza.


Banjir Besar di Gaza Memaksa Ribuan Penduduk Berpindah
Menteri Kesihatan Gaza Mufid al-Mukhalalati menyatakan Gaza dalam keadaan "kecemasan" pada saat semua agensi kecemasan dan kru ambulans diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk membantu penduduk di seluruh wilayah Genting Gaza.

Sementara itu, Menteri Daerah Muhammad Farra mengarahkan Datuk Bandar Gaza untuk segera mengerahkan para pegawai di bawahnya agar lebih bersiap sedia dalam mengatasi banjir di wilayah Gaza .

Farra juga mengatakan dalam satu kenyataan bahawa para petugas akan bekerja siang dan malam sehingga banjir reda. Mereka akan meneruskan usaha menyelamat walaupun kekurangan bahan bakar dan elektrik.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

1 Responses to “Banjir Besar di Gaza ”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam