Tuesday, December 24, 2013

9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir)

Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:

Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”

Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.
Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”
Keempat. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad saw dan hukum Islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:
a.   Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat Islamlah yang membuatkan orang Islam itu mundur.
b.   Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina, merejam penzina (berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
c.   Menghalalkan apa yang haram oleh Allah dan mengharamkan apa yang halal oleh Allah. Menghalalkan zina, arak, judi serta penggunaan perundangan lain selain syariat Allah. Ulama (ijma) bersepakat perbuatan itu kufar.

Kelima. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah saw walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Demikian itu adalah kerana mereka membenci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka.

Keenam. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah sawatau terhadap pahala dan seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta rasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman.”

Ketujuh. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidua seseorang. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir.”

Kelapan. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani atau kafir) menjadi pemimpin kamu makansesungguhnya dia tergolong dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”

Kesembilan. Berpaling dari Islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada yang lebih zalim daripada orang yang mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdosa.”

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

7 Responses to “9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir)”

  • December 25, 2013 at 7:49 AM
    Nau'zubillahiminzaalik....macai umnos sila
    baca artikel ni...
  • December 25, 2013 at 10:29 AM
    Entry ni xde kena mengena dgn politik..harap maklum, jika anda msih lg hndak mngaitkan dgn politik maka silalah kaji diri anda dlu dgn mneliti siapakah yg akn jadi pmimpin jika pakatan menang, dgn siapakah anda jadikan kwan dn musuh, adakah Islam akn kekal jd agama rasmi, dan akan bdiri megahkah kuil2, gereja dan tokong di putrajaya yg skrang masih bersih, akan kdengaran lagikah azan bkumandang indah, dan apakah nasib bangsa melayu Islam andai pihak anda yg btakhta sbagai pmimpin? Awasilah diri anda dari agenda yahudi yg tahu bhawa kelemahan malaysia adalah melalui pilihanraya, hanya dgn pilihanraya malaysia dpt dijajah, hati2 dgn pmikiran anda, jgn biarkan anda tertipu dgn kpandaian yahudi mgatasi kebodohan anda sndiri.
  • December 25, 2013 at 10:34 AM
    Anda tramat benci pd umno dan mjadikan kafirun sbagai sahabat baik anda utk mjatuhkan umno dan anda sanggup bkongsi kuasa dgn kafirun, maka entry ini mmg sesuai utk anda wahai anonymous pengomen prtama.
  • December 25, 2013 at 10:38 AM
    Pertahankan lah tanah jawi ini, bersatu.. bukan bercerai.
  • December 25, 2013 at 12:54 PM
    Btul2..bla pkataan hudud kua jer mule ler nk kaitkn politik..yg lain2 xnk plak pndang.nmpk sgt x btul nye otak
  • December 25, 2013 at 2:43 PM
    Elok la tu satu penyamun satu lagi penyagak yang ada kat sinun sama aje kalau ikut ayat al quran
  • Subhanalloh...artikel yang sangat informatif dan bermanfaat sekali om jangan lupa baca juga ya Mobil Sedan Corolla

    Camera.co.id Toko kamera murah di Indonesia

    Camera co id Toko kamera murah di Indonesia

    Mobil Sedan Corolla




  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

    Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

    Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam