Skip to main content
Ya Rasulullah seandainya aku tidak buta, tentu aku sudah pergi berjihad
Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat asal Quraisy ini termasuk berhijrah ke Madinah semasa rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah Shalalahu 'alaihi Wassalam. Beliau meninggal dalam peperangan Qadisiah mengetuai sebuah brigade.
'Abdullah bin Ummi Maktum ialah orang Mekah suku Quraisy. Dia mempunyai ikatan keluarga dengan Rasululah Shalalahu 'alaihi Wassalam iaitu anak bapa saudara Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid ridhwanullah 'Alaiha. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya 'Atikah binti' Abdullah. Ibunya bergelar "Umi Maktum" kerana anaknya 'Abdullah lahir dalam keadaan buta sepenuhnya.
'Abdullah bin Ummi Maktum menyaksikan ketika cahaya Islam mulai memancar di Mekah. Allah melapangkan dadanya menerima agama baru itu. Kerana itu tidak diragukan lagi dia termasuk kelompok yang pertama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, Abdullah turut menanggung segala macam suka duka kaum muslimin di Mekah ketika itu. Dia turut menderita diseksa oleh kaum Quraisy seperti dialami sahabat yang seagama seperti penganiayaan dan pelbagai tindakan kekerasan yang lain. Tetapi apakah kerana tindakan keganasan itu membutkan Ibnu ummi Maktum untuk menyerah?
Tidak ......! Dia tidak pernah berganjak dan tidak lemah iman. Bahkan dia semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering hadir dalam majlis Rasulullah.
Begitu rajin dia hadir dalam majlis Rasulullah, menyemak dan menghafal Al-Quran, sehingga setiap waktu lapang selalu disinya dan setiap kesempatan yang baik selalu disebutnya. Bahkan dia sangat cerewet. Kerana cerewetnya itu dia beruntung memperoleh apa yang diinginkannya dari Rasulullah di samping keuntungan bagi yang lain-lain juga.
Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari beliau bertatap muka dengan 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah,' Amr bin Hisyam alias Abu Jahl, Umayyah bin Khalaf dan Walid bin Mughirah, ayah saifullah Khalid bin walid.
Rasulullah berunding dan bertukar pendapat dengan mereka tentang Islam. Beliau sangat berhrap supaya mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat beliau.
Sementara beliau berunding dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi maktum datang mengganggu minta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al-Quran.
Kata Abdullah, "Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepada kamu! "
Rasul yang mulia terlengah memperdulikan permintaan Abdullah. Bahkan beliau agak acuh kepada gangguan itu. Lalu beliau membelakangi Abdullah dan meneruskan perbincangan dengan pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam akan tambah kuat dan dakwah bertambah lancar.
Selesai berbicara dengan mereka, apabila Rasulullah hendak pulang. Tetapi tiba tiba penglihatan beliau gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti kena pukul. Kemudian Allah mewahyukan firman-Nya kepada baginda: "Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayannya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yang menghendaki tentulah ia memerhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti. "(QS. 'Abasa: 1 - 16).
Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril Al-Amin ke dalam hati Rasulullah yang berkaitan dengan peristiwa Abdullah bin Ummi maktum, yang sentiasa dibaca sejak diturunkan hingga sekarang, dan akan terus dibaca sehingga hari kiamat.
Sejak hari itu Rasulullah tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Beliau duduk di tempat duduk beliau. Beliau tanyakan keadaannya dan beliau penuhi keperluannya. Tidaklah hairan kalau beliau memuliakan Abdullah demikian rupa bukankah teguran dari langit itu sangat keras!
Tatkala tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin semakin berat dan menjadi-jadi, Allah Ta'ala mengizinkan kaum muslimin dan Rasul-Nya berhijrah. 'Abdullah bin Ummi maktum bergegas meninggalkan tumpah darahnya untuk menyelamatkan agamanya. Dia bersama sama Mus'ab bin Umar sahabat-sahabat Rasul yang pertama-tama tiba di Madinah, setibanya di Yatsrib (Madinah), Abdullah dan Mus'ab segera berdakwah, membacakan ayat-ayat Al-Quran dan mengajarkan pengajaran Isalam.
Setelah Rasulullah tiba di Madinah, beliau mengangkat Abdullah bin Ummi Maktum serta Bilal bin rabah menjadi Muadzin Rasulullah. Mereka berdua bertugas melaungkan kalimah tauhid lima kali sehari semalam, mengajak orang banyak beramal soleh dan mendorong masyarakat merebut kemenangan. Apabila Bilal azan, maka Abdullah qamat. Dan bila 'Abdullah azan, maka Bilal qamat.
Dalam bulan Ramadhan tugas mereka bertambah. Bilal azan tengah malam membangunkan kaum muslimin untuk sahur, dan Abdullah azan ketika fajar menyingsing untuk memberi tahu kaum Muslimin waktu imsak sudah masuk agar berhenti makam minum dan segala yang membatalkan puasa.
Untuk memuliakan Abdullah bin Ummi maktum, beberapa kali Rasulullah mengangkatnya menjadi Wali Kota Madinah menggantikan beliau, apabila meninggalkan kota. Tujuh belas kali diberi kepercayakan beliau kepada 'Abdullah. Salah satu diantaranya ketika meninggalkan kota Madinah untuk membebaskan kota Mekah dari kekuasaan kaum musyrikin Quraisy.
Setelah perang Badar, Allah menurunkan ayat-ayat Al-Quran, mengangkat darjat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan darjat mereka yang pergi berperang atas orang-orang yang tidak pergi berperang dan mencela orang yang tidak pergi kerana ingin bersantai-santai. Ayat-ayat tersebut sangat berkesan di hati Abdullah bin Ummi Maktum. Tetapi baginya sukar mendapatkan kemuliaan tersebut kerana dia buta. Lalu dia berkata kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Seandainya saya tidak buta, tentu saya pergi berperang. "
Kemudian dia bermohon kepada Allah dengan hati penuh tunduk, semoga Allah menurunkan pula ayat-ayat mengenai orang-orang yang keadaannya kurang upaya (uzur) seperti dia, tetapi hati mereka ingin sekali hendak turut berperang. Dia sentiasa berdoa dengan segala kerendahan hati. Katanya, "Wahai Allah! Turunkanlah wahyu mengenai orang-orang yang uzur seperti saya! "Tidak berapa lama kemudian Allah memperkenankan doanya.
Zaid bin Tsabit, pembantu Rasulullah yang bertugas menuliskan wahyu menceritakan, "aku duduk di samping Rasulullah. Tiba tiba beliau diam, sedangkan paha beliau terletak di atas pahaku. Aku belum pernah merasakan beban yang paling berat melebihi berat peha Rasulullah ketika itu. Sesudah beban berat yang menekan pahaku hilang, beliau bersabda, "Tulislah, hai Zaid!"
Lalu aku menuliskan, "Tidak sama orang-orang yang beriman yang duduk (tidak turut berperang) dengan pejuang-pejuang yang berjihad fi sabilillah ....." (An-Nisa: 95).
Ibnu Ummi berdiri seraya berkata, "Ya Rasulullah! Bagaimana dengan orang-orang yang tidak sanggup pergi berjihad (berperang kerana cacat)? "
Selesai soalan Abdullah, Rasulullah berdiam dan paha beliau menekan pahaku, seolah-olah aku menanggung beban berat seperti tadi. Setelah beban berat itu hilang, Rasulullah berkata, "Cuba baca kembali yang telah engkau tulis!"
Aku membaca, "Tidak sama orang-orang yang beriman yang duduk (tidak turut berperang)." Lalu kata beliau. Tulis! "Kecuali bagi orang-orang yang tidak mampu." Maka turunlah pengecualian yang diharap-harapkan Ibnu Ummi Maktum.
Meskipun Allah telah memaafkan Ibnu Ummi Maktum dan orang-orang uzur seperti dia untuk tidak berjihad, namun dia enggan bersantai-santai beserta orang-orang yang tidak turut berperang. Dia tetap membulatkan tekad untuk turut berperang fi sabilillah. Tekad itu timbul dalam dirinya kerana jiwa yang besar tidak dapat dikatakan besar, kecuali apabila orang itu memikul pula pekerjaan besar. Maka kerana itu dia sangat menyukai untuk turut berperang dan menetapkan sendiri tugasnya di medan perang.
Katanya, "Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memegangnya erat-erat untuk kalian. Saya buta, kerana itu saya pasti tidak akan lari. "Tahun keempat belas Hijrah, Khalifah 'Umar bin Khaththab memutuskan akan memasuki Parsi dengan perang yang menentukan, untuk menggulingkan pemerintahan yang zalim, dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam yang adil dan bertauhid.
Umar memerintahkan kepada segenap Gabenor dan pembesar dalam pemerintahannya jangan ada seorang jua pun yang ketinggalan dari orang orang bersenjata, orang yang mempunyai kuda, atau yang berani, atau yang berfikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya sesegera mungkin! "
Maka berkumpullah di Madinah kaum Muslimin dari segala penjuru, memenuhi panggilan Khalifah Umar. Di antara mereka itu terdapat seorang perajurit buta, Abdullah bin Ummi maktum. Khalifah Umar mengangkat Sa'ad bin Abi Waqash menjadi panglima pasukan yang besar itu. Kemudian Khalifah memberikan arahan kepada Sa'ad.
Setelah pasukan besar itu sampai di Qadisiyah. Abdullah bin Ummi maktum memakai baju besi dan kelengkapan yang sempurna. Dia tampil sebagai pembawa bendera kaum Muslimin dan berjanji akan sentiasa mengibarkannya atau mati di samping bendera itu.
Pada hari ke tiga perang Qadisiyah, perang berkecamuk dengan hebat yang belum pernah disaksikan sebelumnya. Kaum muslimin berjaya memenangi perang tersebut dengan kemenangan yang paling besar yang belum pernah direbutnya. Maka pindahlah kekuasaan kerajaan Parsi yang besar ke tangan kaum muslimin. Runtuhlah mahligai yang termegah dan berkibarlah bendera tauhid di bumi penyembah berhala itu.
Kemenangan yang meyakinkan itu dibayar dengan darah dan jiwa ratusan syuhada. Diantara mereka yang syahid itu termasuk Abdullah bin Ummi Maktum yang buta. Dia ditemui terkapar di medan tempur berlumuran darah syahidnya, sambil memeluk bendera kaum muslimin.
Nukilan dari kitab Shuwar min Hayaatis Shahabah, karangan Dr 'Abdurrahman Ra'fat Basya
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Comments