Fakta terbaru tentang tanah, 1400 tahun lalu Al-Quran telah menjelaskannya

" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid ) dan alat bersuci, " (HR.Muslim) 

Jika kita mengambail segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi bakteria membawa penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian terbaru, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya tanah dari gunung berapi boleh menghapuskan bakteria yang lebih berbahaya. Kini mereka menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.
Seorang Doktor Perancis, Line Brunet de Course mendapatkan tanah dari tanah hijau Perancis yang boleh digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Ivory Coast dan Kenya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengganggap penemuan tersebut sungguh mengagumkan.

Setelah itu Dr Linda Williams juga mengesahkan bahawa tanah merupakat zat yang sangat bersih, di mana bahan-bahan tersebut mengendalikan aktiviti mikrob dan pada akhirnya dapat melemahkan dan menghilangkannya.

Salah seorang ahli biologi Dr . Haydel berkata: ' Sekarang kita harus mencari hubungan antara ilmu pengetahuan dan sel -sel hidup. Setahun yang lalu saya hanya memandang tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah sebagai bahan-bahan yang steril ! "

Para penyelidik mendapati bahawa beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak dapat dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini diterbitkan dalam jurnal " New World " pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang di makmal Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini : sekarang peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik dari tanah!

Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ilmuwan baru- baru ini, sebagai berikut:

1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di alam !

2. Tanah mampu menghapuskan bakteria yang tidak dapat dibunuh oleh bahan kimia

3. Tanah merupakan bahan terbaik untuk membersihkan air ! !

4. Tahan adalah bahan semulajadi yang dimurnikan air.

5. Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.

6. Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik terbuat dari tanah!

7. Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.

8. Ruang yang terdapat di antara butiran- butiran tanah berukuran 50% dari ukurannya

9. Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.

10. Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit .

Tapi sebagai kaum Muslim hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil. Sebelum 14 abad lalu tanah adalah benda suci sebagaimana kita ketahui hubungan antara sel-sel dan tanah. Kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.

Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda:

جعلت لي الأرض مسجدا وطهورا

" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid ) dan alat bersuci "

Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air ( 3) .

Oleh kerana itu, termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita selalu  melarang anak -anak kita yang suka bermain dengan tanah dan selalu anak-anak kita cuba untuk menggenggam tanah yang kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah adalah bahan yang steril yang mengungguli fungsi sabun dari jenis terbaik! Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak tahui.

Semua sabda yang dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang  dari Allah swt tatkala berbagai penemuan -penemuan ilmu pengetahuan moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia sebelumnya  disebabkan keterbatasan ilmu. 

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Comments

Anonymous said…
pandai pon carik artikel tanah?lepas tu pandai2 kata syiah sesat sujud kat pasir atau batu apehal?tu la sunnah rasulullah ketika solat! simbolik atas kepercayaan Allah yang maha berkuasa dan pencipta alam.waktu dahulu mereka solat tidak menggunakan sejadah!dan sejadah hanya untuk melibas orang yang meracau depan kaabah dan dikatakan bidaah! ahli sunnah semua ignorance!!!
Othman Draman said…
Besnis produk kesihatan myherb2u
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
http://www.healthbuilders.com.my/
othmandraman@yahoo.com
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
http://www.dnaglobal2u.com/
http://www.iphytoscience.com/
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
Kursus motivasi besnis disediakan
Stokis/pegedar diperlukan
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
Kelas mengaji Al Quran disediakan
Welcome to Health Builders (M) Sdn.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Sent from my iPhone