Penjualan Ozil adalah berita buruk bagi saya - Cristiano Ronaldo

Adakah terdapat tangan ghaib yang tidak berasa senang melihat keadaan dua pemain bintang yang berlainan agama begitu akrab? adakah tindakan Ronaldo tidak bersalaman dengan pemain Israel ketika perlawanan persahabatan ketika dahulu atau kemurahan hati Cristiano Ronaldo mendermakan jutaan dollar kepada rakyat Palestine merupakan kisah yang tidak menyenangkan bagi mereka? Mungkin mereka menganggap bahawa tindakan itu adalah pengaruh hidup Ozil sebagai seorang Islam yang kita sudah tahu beliau seorang pemain muslim yang taat kepada suruhan agama. 
Banyak khabar angin yang tersebar luas mengatakan Ozil menjadi mangsa kepada Estadio Santiago Bernabeu. Ramai pihak tertanya-tanya, kenapa Ozil dikorbankan?

Sememangnya, ramai yang kecewa dengan perpindahan Ozil ke Arsenal. Ozil seorang pemain yang konsisten dan sering memberi sumbangan besar kepada kejayaan Madrid setakat ini. Selama tiga tahun menyarung jersi Los Blancos sejak 2010/2011, Ozil telah menjaringkan 19 gol dalam 104 penampilan.

Individu yang sangat merasai kehilangan Ozil adalah Ronaldo. Setakat ini, Ozil sentiasa membantu Cristiano Ronaldo dengan hantaran tepat yang dapat menghasilkan 168 gol dalam tiga musim di Madrid.

Bukan itu sahaja yang membuat Cristiano Ronaldo merasai kehilangan sahabatnya itu,  Ozil dikenali sebagai seorang Muslim yang taat yang tidak teragak-agak untuk menjelaskan kepada Ronaldo tentang kandungan al-Quran yang diamalkannya.

"Ozil membaca ayat al-Quran sebelum permainan, dan dia juga mengajar ayat-ayat kitab suci Islam kepada bekas rakan sepasukan Ronaldo," Dilaporkan Daily Mail, Khamis lalu (5 September 2013).

"Penjualan Ozil adalah berita buruk bagi saya," kata Ronaldo.

Bagi Ronaldo, Ozil adalah rakan sekerja, kawan dan guru rohani yang terus memberikan sokongan di dalam dan di luar lapangan hijau.

Comments

Anonymous said…
http://MegaStoon.Com/?share=65998

http://sms.megastoon.com/sms.php?share=65998