Tamarud Gaza Syiah mahu gulingkan Hamas

Badan perisikan dan anggota keselamatan Mesir melatih sebuah kumpulan Syiah yang menyebut diri mereka sebagai "Tamarud Gaza", kata seorang pegawai kanan Hamas pada Jumaat (23/8/2013), seperti dilaporkan Ma'an.

Dalam sebuah video yang dikeluarkan pada Ahad (18/8), beberapa Syiah bertopeng membacakan kenyataan "Tamarud Gaza" yang menghasut protes di seluruh wilayah itu pada 11 November akan datang untuk menggulingkan Hamas.
Syiah Gaza mengancam akan menggulingkan Hamas
Syiah Tamarud Gaza
Pada tarikh 11 November, semua "kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin di Gaza" akan berakhir, tuntutan pernyataan itu.

Gerakan Tamarud Mesir adalah gerakan kumpulan Syiah yang menentang pemerintahan Presiden Muhammad Mursi, pemimpin Ikhwanul Muslimin yang telah digulingkan pada tanggal 3 Julai lalu.

Yahya Mousa dari Hamas mengatakan kepada surat khabar Lebanon El-Nashra bahawa Tamarud berpusat di Tebing Barat dan Gaza dan bahawa ahli-ahli mereka dilatih oleh perisikan dan perkhidmatan keselamatan Mesir.

Perkhidmatan keselamatan Hamas telah menahan beberapa anggota kumpulan Syiah itu di Gaza dan mereka sedang disoal siasat, Mousa menambah.

"Ada perbezaan besar dalam realiti antara Mesir dan Gaza. Pengkhianat-pengkhianat itu tidak mempunyai tempat di mana pun di antara rakyat Palestin yang melindungi sistem politik dan perlawanan, "kata Mousa.

"Kumpulan-kumpulan ini tidak akan berjaya dan tidak akan memberi kesan apapun di Gaza," tegas pegawai Hamas itu.

Mousa menolak kenyataan kumpulan Tamarud yang mendakwa bahawa kumpulan Syiah mereka sedang memerangi "penindasan" di Gaza. "[Tuntutan] ini tidak bermakna apa-apa. Rakyat kami di Gaza [justru] menderita akibat penindasan Presiden Mahmoud Abbas, Israel dan AS, "kata Mousa.

Dia menambah: "Kumpulan-kumpulan ini ingin menenggelamkan bangsa ini dalam darah untuk Israel sebagai satu-satunya penguasa dan pengendali di wilayah ini ... Bangsa Arab sedang dilanda konspirasi antarabangsa yang didorong oleh Israel dan AS."

Mousa berkata "perang melawan keganasan"-nya Washington adalah konspirasi melawan politik Islam di wilayah itu, dan dia juga menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Palestin sesang menjadi sebahagian daripada gabungan AS.

Negara-negara Teluk yang menyokong gabungan tersebut bersekongkol melawan Mesir di mana ia menciptakan sebuah "fasis dan rampasan kuasa jenayah," kata pegawai Hamas itu.

Gabungan itu sedang bekerja melawan martabat, kebebasan dan revolusi [Islam] di negara Arab, tambahnya.

*Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber arrahmah.com. Bersedia untuk kita melangkah ke perang akhir zaman.

Egypt-inspired movement seeks to oust Hamas from Gaza

Tamarod group announces plans for major demonstration, says three of its members arrested

Comments

MOHD FAIZAL said…
salam,sila sign up link dibawah yer,ianya bukan SPAM

http://opulentdelicacy.com/pages/index.php?refid=jejai