Saturday, November 24, 2012

Subhaanallah, fakta ilmiah tentang lalat dalam pesanan Rasulullah

Rasulullah bersabda: 

"Jika jatuh seekor lalat pada minuman kamu, maka benamkanlah, kerana di salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang satunya terdapat penyembuhnya" 
[HR. Bukhari]

Hadis Rasulullah ini dibuktikan oleh saintis, Sebagaimana mereka mempelajari daripada serangga - serangga yang ada di bumi. Mereka mencari kelebihan dan kehebatan serangga - serangga yang menakjubkan bahawa lalat mengepakkan sayapnya sebanyak 200 hingga 400x setiap saat. Setiap saat lalat menggerakkan sayapnya 200 hingga 400x gerakan. 

Para saintis mempelajari 4 jenis serangga, mereka mendalaminya dan dikatakan kami baru mempelajari 4 jenis serangga dan masih terdapat lebih dari 10 juta macam serangga di muka bumi. Dan tentunya banyak mereka menemui penemuan - penemuan dan keajaiban pada serangga sehingga mereka mengatakan bahawa di dalam setiap sayap seekor lalat itu ada daripada fungsi - fungsi elevator dan fungsi - fungsi depressor iaitu fungsi mengangkat dan menurunkan sayapnya.Sayap lalat boleh bergerak 200 hingga 400x setiap saat dan gerakan lalat itu sangat menakjubkannya boleh bergerak tanpa henti.

Gerakan otot yang cepat untuk menggerakkan sayap seekor lalat yang sangat kecil. Seekor lalat yang kecil dijelaskan oleh saintis dari Australia bahawa sebelah sayapnya ditemui 1 gen refilin iaitu gen yang mempunyai 2 fungsi iaitu fungsi pada industri dan fungsi pada kesihatan.

Fungsi pada industri bahawa gen refilin ini lebih dahsyat dan lebih kuat dari semua jenis getah yang ada yang telah dibuat oleh banyak orang di muka bumi ini. Jenis getah diambil dari pokok getah atau lain, gen refilin yang ada di sayap lalat itu lebih kuat dan lebih hebat jika digunakan sebagai getah kerana ianya mempunyai daya tolakan dan daya tekanan yang sangat kuat serta daya pental yang demikian dahsyat dan itu ada pada sayap seekor lalat dan serangga lain hingga ianya dapat bergetar hingga 1000X dalam setiap saat seperti beberapa haiwan serangga lain. 

Dari segi kesihatan bahawa gen refilin itu adalah satu gen yang boleh mengubati penyakit - penyakit yang ada pada saraf arteri dan saraf meina. Saraf arteri yang banyak tersumbat dan gen - gen refilin yang ada di sayap seekor lalat itulah yang boleh mengubatinya.

Demikian indahnya, sempurnanya dan kebijaksanaan Rasulullah Saw. Jika lalat terjatuh pada minuman kamu, tenggelamkan ia. Maksudnya gen - gen refilin yang ada di sayap itu akan bertebaran di dalam air sehingga menjadikan airnya itu bebas daripada bakteria - bakteria yang ada pada sayap yang lain.

Manusia melihatnya dengan mikroskop dan selama puluhan tahun mereka menelitinya tetapi Nabi SAW tahu di sayap lalat itu ada gen penyembuh, ada gen penyakit sampai butiran gen dan sel yang ada di sayap lalat diketahui oleh Rasulullah Muhammad SAW atas penggunaan dari Allah SWT sebagai sang Maha Pencipta segala sesuatu dan Maha Mengetahui akan selok belok ciptaanNya. Wallahu'alam bishawab

Diterjemah dari sumber islampos.com

2 Responses to “Subhaanallah, fakta ilmiah tentang lalat dalam pesanan Rasulullah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam