Apa itu Sistem Iron Dome milik rejim Yahudi?

 
Hamas melaporkan telah menembak lebih dari 350 roket dari Gaza ke negara haram Yahudi. Namun, pihak keselamatan Yahudi mengatakan, bahawa 130 di antara roket-roket itu dapat dipatahkan oleh sistem pertahanan antimisil Iron Dome. 
 
 
 
Apa itu Iron Dome?

Iron Dome merupakan sebuah sistem pertahanan udara bergerak yang dirancang untuk menahan dan menghancurkan roket jarak dekat dan meriam dengan peluru berpandu anti roket. Sistem itu diciptakan sebagai sebuah tindakan defensif terhadap ancaman roket bagi penduduk awam Yahudi laknatullah. Sistem tersebut dibuat dengan bantuan Amerika Syarikat. Menurut defensetech, Barack Obama sendiri yang menderma dana hingga $ 205 juta untuk projek ini.

Iron Dome dinyatakan berfungsi dan mula dilaksanakan pada Mac 2011. Pada bulan berikutnya, untuk pertama kalinya, Iron Dome boleh menangkis roket Grad yang dilancarkan dari Gaza. Teknologi pengesanan sistem itu dapat mengesan lintasan roket yang masuk ke kawasan haram Yahudi dan menentukan sama ada senjata itu akan menghentam lokasi penduduk awam atau mendarat tanpa menimbulkan bencana di tanah terbuka atau laut.

Setakat ini ada empat pelancar dan tiga yang beroperasi. Harga per unitnya dianggarkan mencapai 1.3 juta dan peluru berpandu masing-masing berharga 25.000 pounds

Comments

Anonymous said…
Celaka py Obama, sanggup perabih duit salur kt Yahudi laknatullah ni buat kezaliman. Kalau dana tu salur bantu rakyat miskin negeri sendiri lagi besar faedahnya. Mmg patutlah USA selalu dpt bala bencana alam, askar sakit jiwa.