Gaza perlu diratakan seperti US meratakan Jepun - Anak lelaki Ariel Sharon laknatullah

Gilad-Sharon-on-Gaza-and-Hiroshima
Gilad Sharon, anak lelaki perdana menteri Israel Ariel Sharon, telah menyeru Israel untuk meratakan Gaza seperti Amerika Syarikat meratakan bandar Hiroshima di Jepun pada tahun 1945 dengan atom.

Sharon suruhan Dajjal ini juga aktivis pembangkang di parti Kadima menyatakan dalam laman berita The Jerusalem Post Sharon, "Penduduk Gaza tidak bersalah, mereka memilih Hamas. Warga Gaza bukanlah tawanan, mereka tidak memilih, kerana mereka lebih memilih Hamas, maka mereka harus hidup dengan kesan pilihan mereka sendiri. "

"Kita perlu meratakan seluruh persekitaran di Gaza. Ratakan semua wilayah Gaza. Seperti orang Amerika yang tidak berhenti mengebom Hiroshima. Ketika itu Jepun tidak lagi menyerah kalah sehingga mereka meletupkan Nagasaki juga. "

"Seharusnya tidak ada kuasa di Gaza, tidak ada petrol atau kenderaan. Tidak ada semuanya, maka kemudian mereka bersungguh-sungguh untuk meminta gencatan senjata kepada Israel. "

Sharon laknatullah ini terus berkata, "Gambar-gambar dari Gaza mungkin tidak menyenangkan, tapi itu bererti kemenangan akan cepat diraih Israel. Dan kehidupan tentera dan orang awam Israel pun terselamat. "

"Keduanya, rakyat Gaza dan infrastruktur mereka bina perlu mengeluarkan kos, atau kita menduduki kembali seluruh Jalur Gaza. Kami perlu meraih kemenangan dengan cepat dan kami perlu mengakhirinya dengan cepat juga. Tentunya dengan letupan, bukan merengek-rengek. "

Dia menambah, "Jika kerajaan tidak bersedia untuk melakukannya, itu bererti menduduki kembali seluruh Jalur Gaza. Seluruh bukan hanya beberapa kawasan di pinggir bandar seperti Cast Lead. Tetapi juga jalur Gaza secara keseluruhan, seperti di Defensive Shield, sehingga roket tidak boleh lagi dilepaskan. "

Comments

Anonymous said…
Bapak borek anak rintek. Dia pun nak jd mcm bapak dia ke nak mampus pun susah, dh mcm mayat hidup? Dasar Yahudi angkuh, bongkak.Semoga Allah melindungi Gaza & rakyat Palestin. Perancang jahat tak akan berlaku tanpa izin nya & sentiasa bersama pejuang2 Hamas.
Anonymous said…
Ya Allah...teruknya dia ni.tiada hati perut.