Tuesday, June 25, 2013

Kenikmatan penghuni neraka masuk ke syurga

Selepas diazab adakah orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka?

Jawapannya tidak dan sesiapa yang mempunyai di dalam hatinya sebesar biji sawi keimanannya maka dia tidak akan kekal di dalam neraka, malah dia akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Semuanya telah kita pelajari dan semuanya menunjukkan bahawa orang yang membuat dosa besar jika tidak bertaubat, kemudian Allah menghendaki dia diazab di dalam neraka, maka azabnya adalah untuk beberapa ketika.

Kemudian apabila telah dibersihkan maka dia akan dikeluarkan dan dikembalikan semula ke dalam syurga. Ini kerana adanya keimanan di dalam hatinya yang tidak boleh mengekalkannya di dalam neraka seperti satu hadith yang berkenaan dengan orang terakhir yang akan keluar daripada neraka ataupun dikeluarkan daripada neraka. Apabila dikeluarkan dia sudah hangus dan diletakkan disebelah sungai kehidupan kemudian dia akan hidup semula.

Abu Said Khudri bahawa Nabi saw. bersabda,

"Penghuni syurga akan masuk syurga dan penghuni neraka akan masuk neraka. Kemudian Allah Taala berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka siapa saja yang di dalam hatinya ada keimanan sekali pun seberat biji sawi.' Orang-orang itu lalu keluar dari neraka dan tubuhnya sudah hitam hangus. Mereka lalu dimasukkan ke dalam sungai kehidupan (memberikan semangat hidup kembali), lalu tumbuhlah orang-orang tersebut sebagai tumbuhnya benih di samping tanah yang terkena air bah (banjir). Tidakkah engkau mengetahui bahawa benih itu akan keluar kekuning-kuningan dan berseri-seri. "(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasai)

Orang yang terakhir keluar dari neraka dan masuk ke dalam syurga

Diriwayatkan dari Ibnu Masud r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda,

"Orang yang terakhir masuk syurga adalah seorang lelaki. Ia kadang-kadang berjalan dan kadang-kadang merangkak, bahkan kadang-kadang masih dijilat-jilat juga oleh api. Setelah ia dapat melalui tempat api itu, ia pun menoleh ke belakang dan berkata, 'Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan diriku daripadamu. Sungguh saya telah dikurniakan oleh Allah Taala suatu pemberian yang belum pernah diberikan oleh-Nya kepada seseorang pun baik dari golongan orang-orang dahulu (awalin) atau pun orang-orang belakangan (akhirin).

Kemudian ditampakkan padanya sebatang pokok, lalu ia berkata, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini, supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan dapat pula minum airnya. 'Allah berfirman,' Hai anak Adam (manusia)! Barangkali kalau sudah Kuberikan padamu permintaanmu itu, apakah kiranya engkau tidak meminta lagi yang lain? '

Orang itu menjawab, 'Ya Tuhanku! Aku tidak akan meminta yang lain lagi. '

Orang itu disuruh berjanji tidak akan meminta yang lain lagi dan setelah itu Tuhan lalu menerima permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut tidak sabar lagi mendapatkan keinginannya. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon itu dan ia pun bernaung di bawahnya serta minum pula airnya. Selanjutnya ditampakkan sebatang pokok yang lain padanya dan yang lebih bagus dari yang pertama.

Orang itu berkata, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini, supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan meminta yang lain pada-Mu. '

Allah berfirman, 'Hai anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji tidak akan meminta yang lainnya kepada-Ku? Barangkali kalau sudah Kuberikan permintaanmu ini, engkau akan meminta lagi yang lain pula? '

Orang itu berjanji sekali lagi untuk tidak meminta yang lain. Tuhan lalu menerima permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut agaknya tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya itu. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon itu dan ia pun bernaung di bawahnya serta minum airnya. Setelah itu ditampakkan pula di muka orang tadi sebatang pokok yang terletak di dekat pintu gerbang syurga yang keadaannya lebih bagus dari kedua pohon yang sebelumnya.

Orang itu berkata pula, 'Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku dari pohon ini, supaya aku bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan meminta pada-Mu yang lain lagi. '

Allah berfirman, 'Hai anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji pada-Ku tidak akan meminta yang lain. '

Orang tadi menjawab, 'Benar, ya Tuhanku sekarang saya tidak meminta lagi yang lain.' Oleh Allah diterima permohonannya, sebab dilihatnya ia sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya. Orang itu didekatkan pada pohon tersebut. Demi ia sudah didekatkan pada pohon yang terletak di dekat pintu syurga itu, lalu terdengar olehnya suara riuh rendah dari penghuni syurga.

Kemudian ia pun berkata lagi, 'Ya Tuhanku, masukkanlah saya ke dalam syurga.'

Allah berfirman, 'Hai anak Adam! Kurnia apakah yang kiranya dapat memuaskan hatimu, sehingga engkau tidak meminta-minta lagi? Apakah kiranya engkau puas, sekiranya engkau Kuberi kenikmatan sebesar kadar dunia dan sebuah lagi yang seperti itu? '

Orang itu berkata, 'Ya Tuhanku! Apakah Engkau memperolok-olokkan diriku padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam? '

Ibnu Masud (yang menceritakan hadis ini) lalu ketawa. Setelah itu ia berkata, 'Mengapa kamu semua (kawan-kawannya yang mendengarkan) tidak menanyakan kepadaku, apa sebab aku ketawa?' Orang-orang yang mendengar lalu bertanya, 'Mengapa engkau tertawa?' Ia menjawab, 'Begitulah Rasulullah saw. juga ketawa sewaktu menceritakan ini, lalu beliau ditanya, apakah sebab beliau tertawa. '

Beliau menjawab, 'Saya tertawa kerana Tuhan seru sekalian alam ketawa ketika orang yang meminta dimasukkan syurga itu berkata,' Apakah Engkau memperolok-olokkan diriku, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam. '

Seterusnya Allah lalu berfirman, 'Aku tidak memperolok-olokkan engkau, tetapi memang Aku ini Maha Kuasa atas segala yang Aku kehendaki.' "(Riwayat oleh Muslim)

Motivasi buat orang beriman

Zahir daripada hadith-hadith menunjukkan jika orang yang beriman ini yang masuk neraka dahulu maka dia tidaklah sesuci orang-orang yang mendahului ataupun yang terawal masuk syurga. Jika kita lihat daripada aspek itu untuk motivasi bagus kita melihat bahagian tersebut. Maksudnya untuk memotivasikan orang contohnya kita lihat ada orang bersemangat ataupun pertengahan seperti tidak cuai ataupun dia cuai tetapi masih ada harap untuk kita berikan semangat, jadi kita beritahu padanya bahawa usahalah sungguh-sungguh supaya kita boleh masuk syurga seawal mungkin dan bukannya selepas dibersihkan di dalam neraka .

Tetapi sekiranya kita berjumpa dengan orang yang hampir-hampir berputus asa. Dia mempunyai harapan sedikit dan hendak masuk ke syurga tetapi amalannya yang dia lihat terlalu banyak amalan jahatnya lalu dia hampir-hampir berputus asa dan dia datang kepada kita lalu menyatakan, 'ustaz saya hendak masuk syurga tetapi saya tidak layak kerana terlalu banyak dosa saya. Saya tidak sempat lagi untuk memperbaiki semula kesilapan saya. '

Jadi disini kita boleh gunakan hadith tadi iaitu hadith yang orang terakhir masuk syurga. Tetapi persoalan adakah dia boleh naik ke darjat yang lebih tinggi 'wallahualam'. Zahirnya jika masuk lewat itu akan duduk berjauhan dengan Nabi.

Sumber dari halaqah.net

3 Responses to “Kenikmatan penghuni neraka masuk ke syurga”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam