Bagaimana wanita yang tidak sempat mendapatkan jodohnya di dunia?

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Comments

Anonymous said…
alangkah bertuah dan indahnya syurga itu ya allah,.
Anonymous said…
Subhanaallah )(, amin
Hideossle said…
ini menunjukkan satu hadith mesti diseimbangi dgn hadith lainnya. sy baca artikel "antara org yg mati dlm kehinaan ialah yg mati membujang" "penghuni neraka ramai yg membujang" tp bagaimana dgn seseorang yg mati membujang, sedangkan hatinya menginginkan pernikahan tp permasalahan tak berjumpa jodoh yg sesuai, tak berkemampuan atau nyawa diambil sebelum sempat dijodohkan. hanya kerana membujang, patutkah dia dihinakan ke neraka, walau ia bukan kehendaknya? setelah membaca artikel ni, baru kita tahu Allah Maha Adil. takkanlah seorang masuk neraka hanya kerana ia bujang,melainkan jika disokong sebab2 tertentu, cth: terutamanya jika seorang yg bujang itu dah terlibat dgn zina, apatah lagi perzinaan dgn ramai
Anonymous said…
macam mane pulak dengan wanita yang dimadukan oleh suami.. adakah akan bermadu juga apabila di syurga kelak..?