Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku. Jawab isterinya, Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.
Diceritakan dari Abu Said Al Musayyab bahawa dia bertemu dengan Abu Hurairah, lalu Abu Hurairah berkata, "Aku memohon kepada Allah agar Allah berkenan mengumpulkan kita di pasar Syurga."
Lalu, Abu Said bertanya, "Apakah di syurga ada pasar?
Abu Hurairah menjawab, "Ya" Lalu, beliau membacakan hadits yang di antaranya ada kalimat, "Lalu, ia mendatangi pasar dengan disertai kemudahan oleh malaikat. Di sana akan didapati sesuatu yang tidak pernah terlintas di hati manusia. Di sana ia mendapatkan apa yang ia inginkan. Di sana tidak ada yang dibeli, juga tak ada yang dijual.
Di pasar itulah, para ahli syurga bertemu satu dengan yang lain. Maka, bertemulah mereka yang mendapatkan kedudukan tinggi dengan mereka yang mendapatkan kedudukan dibawahnya, bahkan yang lebih bawah lagi, yang kelihatan perbezaan itu dari pakaiannya. Di syurga mereka tidak mempersoalkan pakaian tersebut, kecuali yang tampak oleh mereka adalah keindahannya sebab di syurga tidak akan ditemukan kesedihan "(HR Tirmidzi)
Comments