Lintasan air bawah tanah tersekat antara Israel, Mesir dan laut Mediterranean. Akibatnya Gaza kini diancam krisis air yang tidak dapat dielakkan. PBB berkata krisis air akan lebih parah melanda Gaza dalam masa beberapa tahun akan depan.
Belum termasuk 90-95 peratus wilayah perairan Gaza telah tercemar oleh sampah-sarap, bahan kimia dan air laut (masin). Kemudahan seperti penyahgaraman dan air paip umumnya adalah penyelamat bagi 1.6 juta penduduk Gaza.
Sedangkan projek-projek berskala kecil hanya dapat menyediakan air hanya sekitar 20 peratus sahaja daripada jumlah penduduk. Keadaan ini memaksa penduduk di Gaza yang miskin membeli air botol.
"Ada krisis. Ada defisit serius dalam sumber air di Gaza dan ada kerosakan serius dalam kualiti air, "kata Rebhi El Sheikh, wakil ketua Pihak Berkuasa Air Palestin (PWA), worldbulletin melaporkan pada hari Rabu (26/6).
Kajian NASA berdasarkan data satelit yang dikeluarkan tahun ini menunjukkan bahawa antara 2003 dan 2009, Gaza telah kehilangan 144 km padu air tawar yang disimpan sama dengan jumlah air yang terkandung di Laut Mati. keadaan ini membuat situasi yang sudah buruk jauh semakin merosot.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Ya Allah, selamatkan lah penduduk Gaza
Comments