Kematian Khidir Nasrallah menjadi berita mengejutkan dua hari terakhir ini. Mujahidin Syria mengesahkan kepada Pasukan Media Forum Indonesia Peduli Syam di Syria. Mujahidin mengesahkan adik kepada Setiausaha AgungHizbullah itu telah terbunuh bersama 480 tentera Hizbullah dalam peperangan di Qusayr.
Pertempuran sengit di bandar Qusayr wilayah Homs terus mengalami peningkatan sejak beberapa hari terakhir ini.
Pasukan Assad dan Hizbullah berjaya memasuki arah selatan Qusayr, tetapi Mujahidin berjaya masuk dari arah utara dan menguasai wilayah itu.
Semua anggota Mujahidin yang berada berhampiran Qusayr diminta untuk bergabung dengan Mujahidin di Qusayr dengan membuka barisan hadapan pejuang baru untuk mengalihkan perhatian tentera rejim dan tentera bayaran mereka.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Comments
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang mula berpuasa hari ini, Moga ibadah kita dipenuhi dengan keberkatan.
Dengan kedatangan Ramadhan, kita juga berharap umat Islam di negara-negara yang bergolak akibat peperangan khususnya perang saudara di Syria dan pergolakan di Mesir akan bersama-sama menerima seruan agar menghentikan segala bentuk pertelingkahan sesama Islam.
Saya juga telah melengkapkan analisa mengenai ketiga-tiga negara yang bergolak iaitu Mesir, Syria dan Turki seperti di bawah :
1. Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniah kini bergolak
2. Krisis politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II
3. Perang saudara di Syria : Perang proksi AS dan Russia
Moga kita di Malaysia mendapat iktibar daripada pergolakan tersebut dan menginsafi keamanan yang kita kecapi hari ini.
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/perang-saudara-di-syria-perang-proksi.html