Presiden Iran Juga Pernah Ucapkan Selamat Tahun Baru Yahudi

rouhani Presiden Iran Juga Pernah Ucapkan Selamat Tahun Baru Yahudi

Presiden Iran, Hassan Rouhani menghantar mesej ucapan Selamat Hari Natal kepada pemimpin Vatican, Pope Francis (Pope Francis). Mesej itu disampaikan Rouhani via akaun Twitter nya, @ HassanRouhani ke akaun Twitter Paus Francis, @ Pontifex.

"Salam kepada @ Pontifex pada hari ulang tahun Kristus, Nabi cinta, kasih dan persahabatan. Semoga untuk tahun baru nanti penuh kedamaian dan kemakmuran, " bunyi tweet Rouhani, seperti dilaporkan Mirror.


Tentu ucapannya ini semakin mendekatkan blok antara Iran dan Barat. Pada tiga bulan yang lalu, Presiden Iran ini menjadi sorotan dunia setelah dia mengucapkan selamat tahun baru Yahudi melalui akaun Twitter nya.

Tahun Baru Yahudi dikenali dengan nama Rosh Hashanah dalam bahasa Ibrani. Rosh Hashanah dirayakan oleh warga Yahudi di seluruh belahan dunia.

"Saya mengucapkan untuk para warga Yahudi, khususnya warga Yahudi Iran, selamat Tahun Baru Rosh Hashanah, " ujar Rouhani, seperti dilaporkan Guardian, Khamis ( 5/9/2013 ).

Perayaan tahun baru Yahudi ini merupakan yang ke 5774. Dianggarkan kurang daripada 100 ribu orang Yahudi berada di Iran dan menjadi komuniti Yahudi terbesar di Timur Tengah di luar Israel .

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber ismapos.com

Comments

abu bakar said…
bagaimana ucapan kepada kristian

http://islamtimes.org/vdcauune649ne01.h8k4.html
Raincity v2 said…
cuba huraikan apa salahnya presiden ucap apa2 kpd rakyat negara dia? ni la masalahnya bila kita duduk jauh dr timur tgh, berjln pun kurang, belajaq realiti kt sana takmau, jahil pulak tu. lps tu anggap mcm ahli syurga. lps tu perdagang nama islam.