Al-Quran Menjelaskan Haramnya Daging Babi

"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, " ( QS Al - Baqarah 2:173 )

Penjelasan Ayat
Jika kita perhatikan ayat di atas , kita temui larangan untuk memakan daging babi sebagaimana juga larangan memakan bangkai, darah dan ( daging ) yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah. Sementara Dia membolehkan memakannya ketika dalam keadaan darurat saja. Pasti larangan ini mempunyai hikmah dan apa pendapat ulama tentang hal tersebut ?

Fakta Ilmiah
Menurut ulama dan ilmuwan, daging babi dapat melemahkan daya tahan tubuh dan terdedah kepada penyakit. Sebuah restoran yang sihat adalah restoran yang sama sekali tidak tersentuh oleh pelbagai unsur daging babi. Siapa pun yang terbiasa memakan daging babi ini maka dia akan menanggung dosa di kemudian hari. Para ulama menegaskan bahawa siapa pun yang mengambil daging haiwan pemangsa, dia cenderung bertabiat kasar dan selalu berbuat jahat.

Pelbagai kajian perubatan saintifik telah menetapkan bahawa babi berbanding semua jenis haiwan yang ada termasuk daging yang mengandungi bahan berbahaya bagi tubuh manusia. Di antara penyakit yang muncul kerana memakan babi adalah sebagai berikut :

Penyakit parasit
Di antaranya adalah berkembangnya cacing lingkaran (termasuk cacing yang paing berbahaya bagi manusia). Semua daging babi pasti mengandung cacing ini. Biasanya cacing ini berkumpul dalam otot-otot. Maka orang yang memakan daging babi boleh menderita sakit yang luar biasa dan boleh menyerang diafragma sehingga menyebabkan nafas terhenti dan kemudian mati.

Cacing pita
Cacing pita memilki panjang hingga 10 kaki. Cacing ini boleh menyebabkan perut kejang dan darah rendah. Juga boleh menyebabkan adanya cacing di otak orang yang memakannya dan begitu juga boleh terdapat di dalam daging, hati, paru-paru, organ daging dan lain-lain.

Cacing scars 
Cacing jenis ini boleh menyebabkan disfungsi pada paru-paru dan penyakit komplikasi pada pencernaan.

Cacing Engcalostoma , Balharesia , Dosentaria
Cacing-cacing jenis ini boleh menyebabkan leukimia, pendarahan dan penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian.

Cacing jenis lain yang ada di dalam babi yang jumlahnya lebih dari 30 jenis dan berbeza tahap bahayanya.

Sisi Ilmiah Mukjizat Al - Qur'an
Seolah-olah itu sudah cukup buat kita kenapa Allah mengharamkan daging babi untuk manusia khususnya umat Islam. Ya, kerana daging ini sangat berbahaya untuk kita. Allah melarang kita untuk memakan jenis daging ini kerana Dia mahukan makhluk - Nya sihat walafiat.

Subhanallah, sungguh Allah Maha Mengetahui. Demikianlah i'jaz Al-Quran berbicara kepada kita.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Comments

kampong lad said…
you are what you eat - makan daging babi, ikut perangai babi.