Monday, November 5, 2012

Bala ke atas Amerika, selepas Sandy badai besar dijangka akan menghentam Amerika minggu depan

Ahli dari badan meteorologi Amerika, menjangkakan akan muncul lagi badai besar yang boleh menghentam Pantai Timur Amerika minggu depan. Badai ini akan muncul beberapa hari selepas "Superstorm" Sandy menghancurkan wilayah tersebut.

Para ahli mengatakan serangan cuaca buruk akibat badai baru ini boleh membawa hujan, angin kencang sejuk dan mungkin salji ke kawasan tersebut.

The Weather Channel menyatakan bahawa ada kemungkinan cuaca "sangat berangin, hujan dan sejuk" pada tanggal 7 dan 8 November di wilayah Timur Laut Amerika Syarikat.

Laporan itu mengatakan badai baru tidak akan lebih hebat daripada Sandy, namun kombinasi daripada kesan cuaca akan menambah derita baru pada saat proses pemulihan di sepanjang Pantai Timur.
Sementara itu, pihak berkuasa daerah bersama dengan pertubuhan Palang Merah, telah meningkatkan usaha bantuan. Rakyat Amerika di daerah yang terkena bencana marah akibat tindakan lambat anggota penyelamat dari pasukan bantuan.

"Saat ini Palang Merah mengutamakan operasi adalah bantuan logistik, makanan dan keperluan sebagai persiapan untuk badai yang tertunda," kata Charley Shimanski, wakil presiden senior dari perkhidmatan bencana dari Palang Merah pada hari Sabtu (3/11).

Korban akibat badai Sandy sampai saat ini tercatat sudah menewaskan 103 orang di Amerika Syarikat, termasuk 41 korban di New York City dan setengahnya dari Staten Island.
Kematian juga dilaporkan telah direkodkan di bahagian New Jersey, Pennsylvania, North Carolina, West Virginia, dan Maryland.

3 Responses to “Bala ke atas Amerika, selepas Sandy badai besar dijangka akan menghentam Amerika minggu depan”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam