Wednesday, November 14, 2012

Proses penggalian kubur Yasser Arafat telah bermula

Kerja menggali jasad pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Yasser Arafat telah bermula untuk siasatan pembunuhan lapan tahun selepas kematiannya.

Menurut sumber Palestin, proses penggalian, pada hari Selasa semalam (13/11) bermula dengan kemusnahan kaca makam dan nisan marmar, tindakan ini boleh sampai 15 hari kerana kerja rumit yang perlu dilakukan dengan tangan.

"Ini bermula dengan mengeluarkan batu dan konkrit serta memotong besi hingga mencapai tanah yang menutupi jasad, yang tidak akan dimusnahkan sehingga kedatangan pendakwa Perancis, Switzerland dan ahli penyelidik Rusia," kata sumber itu.

Penyelidik Perancis dan pakar dari Switzerland akan tiba di Tebing Barat pada 26 November untuk mengambil sampel dari jasad Arafat. Rusia juga akan membantu siasatan.

Penggalian tersebut dibuat setelah pemerintah Perancis membuka kertas siasatan pembunuhan kematian Arafat tahun ini selepas para saintis Swiss menjumpai kesan polonium, bahan radioaktif pada beberapa barang-barang miliknya. Polonium adalah bahan yang sangat beracun yang jarang ditemui di luar kalangan tentera dan saintis.

Penyiasatan dibuat selepas janda Arafat, Suha Arafat, membuat aduan undang-undang formal atas kematian suaminya.

Arafat meninggal pada usia 75 di sebuah rumah sakit tentera di Paris setelah ia menderita pendarahan otak dan koma. Pada saat itu, pihak berkuasa Perancis menolak untuk mendedahkan penyebab pasti kematiannya atas dasar undang-undang privasi, mencetuskan khabar angin bahawa agen mata-mata Israel Mossad, telah meracuninya. (Fq / prtv)

0 Responses to “Proses penggalian kubur Yasser Arafat telah bermula”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam