Friday, December 14, 2012

Kisah janda muda mujahid Syria jadi rebutan lelaki kaya Arab

Biasanya pasangan pengantin baru akan melalui hari-harinya dengan penuh keindahan dan kesenangan dan tidak kurangnya ada di antara mereka yang pergi ke tempat pelancongan untuk berbulan madu.

Detik ini tidak berlaku bagi pengantin baru di Syria. Tidak ada kata bersantai-santai atau bercumbu mesra seharian dengan pasangan tetapi si isteri perlu menyediakan peralatan perang untuk suaminya. Inilah kisah yang akan diceritakan diceritakan oleh Fathi At-Tamimi, seorang sukarelawan Syria yang ketika ini berada di Turki dalam status Facebooknya ogos lalu.

Dia menceritakan, seorang perempuan berumur 20 tahun penghafal Al-Quran itu dengan berlinang air mata menjahit sendiri baju tempur suaminya yang baru dinikahi dua minggu apabila pertempuran pertama telah memanggil para pejuang membela agama. Pada malam pula diisi satu doa dibaca berulang-ulang apabila bersujud panjang.

"Apabila suamiku adalah milik para Bidadari Mu, Jangan kembalikan ia padaku,

Bariskan sebanyak mungkin mereka di pintu langit untuk menjemputnya.

Tapi bila berjodoh panjang, Jangan Engkau biarkan sebuah lubangpun pada pakaian ini.

Aku akan bergembira apapun keputusan Mu

Dan jadikanlah ia pendampingku di dunia dan di syurga. "

Si suami yang mendengar doa tersebut lalu bertempur bagai singa yang luka. Tiga kereta kebal rejim syiah Assas dirosakkan sendiri. Dia berada di barisan paling hadapan dan kembali dari medan perang yang paling belakang. Belum pernah dirinya dilihat musuh. Lagenda diantara kawan lawan, dibakar doa dan kepasrahan isteri tercinta.

Disaat yang sama, isterinya bekerja keras membantu mangsa-mangsa perang, menghibur mereka, menyediakan pakaian, makanan serta tempat tinggal.  Merawat luka, mendoakan para pejuang dan menjadi pemimpin kumpulan sukarelawan terdiri dari keluarga mujahidin atau yang ditinggalkan.

Ketika Bidadari Syurga menjemput suaminya di pintu langit, Para komander kumpulan seluruh Syria bahkan yang berada di lokasi gunung-ganang datang menghantar berita.

"Suamimu, Abu Umar, Adalah pahlawan dan kebanggaan kami, Semoga akan ada banyak yang lain di negeri ini."

Ketika ramai orang kaya di negara-negara Arab mendengar kisah beliau, Mereka berlumba melamarnya. Tapi beliau enggan dan membaktikan hidupnya demi rakyat. Berjanji tidak akan berkahwin lagi hingga Syria bebas daripada rejim Syiah.

Nama perempuan mula tersebar. Menjadi contoh ketabahan gadis-gadis lain dan sekarang digelar Oummus Suuri, Ibunya Syria. Namanya Ahlam Al-A'ini dari Homs.

Kisah ini diceritakan oleh salah seorang mangsa korban dalam perang yang sempat dirawat oleh beliau di Homs dan sekarang berada di kem-kem pelarian di Turki. 
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

1 Responses to “Kisah janda muda mujahid Syria jadi rebutan lelaki kaya Arab”

  • Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
    Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

    Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
    di http://dimelayu.co.gp

  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :detikislamblog@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam