Thursday, January 17, 2013

Kamal Ataturk jadikan masjid sebagai gudang dan muzium


3 Mac 1924, Mustafa Kamal memanggil semua anggota Majlis Nasional Turki dalam sebuah mesyuarat. Pada malam sebelumnya, Mustafa Kemal berusaha menyumbat suara penentangnya dengan ancaman hukuman mati. Mustafa Kamal mencadangkan kepada Majlis Nasional sebuah projek pembubaran khilafah yang dia sebut sebagai "Bisul Abad Pertengahan" untuk selamanya dan mendirikan sebuah negara sekular Turki. Keputusan diambil tanpa perdebatan. Keputusan merangkumi pembuangan Khalifah Abdulmajid Efendi yang memang sudah tidak berdaya pada hari berikutnya ke Switzerland. Maka cahaya khilafah pun padam di tangan Mustafa Kamal.

Berita pembubaran Khilafah ini menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia Islam. Istanbul merupakan lambang kekuatan politik bagi dunia Islam. Penyair Syauqi yang sebelumnya memuji Mustafa Kamal, meratap sedih atas peristiwa yang berlaku. Di Indonesia kelompok modernis, seperti al-Irsyad, Muhammadiyah, Persis, Sarekat Islam dan Kumpulan tradisi yang nantinya mendirikan Nahdhatul Ulama bersepakat untuk menegakkan kembali khilafah. Mereka membentuk Jawatankuasa Khilafah tarikh 4 Oktober 1924 di Surabaya dengan ketua Wondosudirdjo dari Sarekat Islam dan wakil ketua KH Abdul Wahab Hasbullah tokoh pengasas Nahdhatul Ulama sebagai utusan dalam kongres Khilafah di Mesir.

Mustafa Mengubur Tamadun Islam

Sementara itu di Turki, setelah berjaya menguburkan Khilafah, bermulalah Mustafa Kamal menanam tamadun Islam dari bumi Turki.

Tahun 1925 M / 1344 H masjid-masjid ditutup dan kerajaan menghancurkan semua gerakan keagamaan dengan cara zalim.

Tahun itu juga, Latife wanita yang dinikahi oleh Mustafa Kamal yang minta dilayan dan dihormati dengan sewajarnya seorang isteri, dengan kasar diceraikan oleh Mustafa Kamal dan diusirnya.

Sementara itu, gemuruh kaum pembangkang Turki mulai menderu. Gemuruh itu akhirnya meledak pada 1926, ketika suku Kurdis melancarkan pemberontakan bersenjata menentang rejim Kemalis. Mustafa Kemal tidak membuang masa. Seluruh suku Kurdistan di Turki dibanteras. Kampung halaman dibakar, ternakan dan hasil tanaman dihancurkan, perempuan dan anak-anak diperkosa dan dibunuh dengan kejam. 46 kepala suku Kurdi sdigantung di depan khalyak ramai. 

Tahun 1926/1345 M Syariah Islam diganti dengan undang-undang sivil yang diterima dari undang-undang Switzerland.

Tahun itu juga tanggal Hijrah diganti dengan kalendar masehi sehingga angka tahun 1345 H dihapuskan di seluruh Turki dan diganti dengan 1926 M.

Tahun 1928 M / 1347 H Teks undang-undang menghapuskan Turki sebagai pemerintahan Islam. Teks sumpah yang diucapkan para pegawai kerajaan apabila dilantik yang sebelumnya bersumpah dengan nama Allah diganti dengan hanya mengucapkan "Dengan kehormatan mereka, mereka akan menunaikan kewajipan."

Tarikh 1 November 1928 dibuat undang-undang mengenai pengambilan dan penerapan abjad (Latin) serta larangan tulisan Arab.

Tahun 1929 M / 1348 H. Pemerintah mula mewajibkan secara paksa untuk menggunakan huruf-huruf latin dalam penulisan bahasa Turki sebagai ganti huruf Arab yang digunakan sebelumnya. Pengajaran bahasa Arab dan Parsi dihapuskan dari seluruh fakulti. Buku-buku yang telah dicetak dalam huruf Arab dieksport ke Mesir, Parsi dan India. Kerajaan Turki ingin memutuskan hubungan Turki dengan masa lalu keislaman mereka dan juga memutuskan hubungan Turki dengan kaum muslimin di seluruh negera Arab dan negeriaIslam lainnya.

Tahun 1931-1932 M / 1350-1351 H kerajaan menghadkan jumlah masjid. Mustafa Kamal terus mencerca masjid-masjid. Dia menutup masjid utama di Istanbul dan menukar Masjid Aya Shofia menjadi muzium, sedang Masjid al-Fatih dijadikan gudang!

1933 M / 1352 H Fakulti Syariah di Universiti Istanbul ditutup. Kerajaan juga menghapuskan pendidikan agama di sekolah-sekolah khas.

Mustafa Kamal meniupkan roh nasionalisme terhadap bangsa Turki dengan selalu melaungkan kalimat "Sesungguhnya Turki adalah pemilik peradaban yang paling tua di dunia. Sudah tiba masanya kini untuk diambil semula dan menggantikan peradaban Islam. "

Tahun itu juga Mustafa Kamal melalui Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) kemudian menyandangkan gelaran Ataturk pada dirinya yang bererti Bapa orang-orang Turki.

Mustafa Kamal Ataturk memerintahkan terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Turki, sehingga kehilangan makna-maknanya dan cita rasa bahasanya. Kemuncaknya, dia memerintahkan agar azan dilakukan dengan menggunakan bahasa Turki.

Tarikh 3 Disember 1934 dibuat undang-undang tentang larangan memakai pakaian tradisional yang Islamik.

Pemerintah memerintahkan kaum wanita untuk menanggalkan tudung dan membiarkan mereka berkeliaran di mana-mana tanpa memakai tudung. Kerajaan juga menghapuskan kepimpinan kaum lelaki atas wanita dengan semboyan demi kebebasan dan kesaksamaan gender. Pemerintah mendorong pesta-pesta tari menari dan drama-drama yang menggabungkan lelaki dan perempuan.

Tahun 1935 M Kerajaan Turki mengubah hari cuti rasmi Jumaat menjadi hari minggu yang bermula Sabtu Zuhur hingga Isnin pagi.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

1 Responses to “Kamal Ataturk jadikan masjid sebagai gudang dan muzium”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam