Syiah disebalik kejatuhan kota Baghdad oleh kafir Tatar


Pada tahun 656 H, Hulagu Khan Raja Tatar berjaya menguasai kota Baghdad yang ketika itu menjadi pusat peradaban Islam di bawah kekuasaan Bani Abbasiyyah. Kejayaan kempen serangan Tatar ini tidak lepas dari peranan dua orang Syiah. Yang pertama adalah seorang menteri pengkhianat khalifah Muktashim yang bernama Mu'yyiduddin Muhammad Ibnul Alqamy. Kedua adalah seorang ahli nujum Nashirudin At-Thusi penasihat Hulagu.

Pada akhir kepemimpinan khalifah Mustanshir, jumlah pasukan Bani Abbasiyyah mencapai seratus ribu tentera. Sepeninggalan Mustanshir dan tampuk kepimpinan dipegang oleh Muktashim. Ibnul Alqamy mengemukakan cadangan kepada khalifah untuk mengurangkan jumlah pasukan dengan alasan untuk menjimatkan kos. Cadangan itu disetujui oleh khalifah. Padahal itu merupakan taktik untuk melemahkan kekuatan tentera. Hingga akhirnya jumlah pasukan hanya sepuluh ribu saja.

Pada saat yang sama, Ibnul Alqami menjalin hubungan gelap dengan Hulagu. Dia sering menulis surat kepada Hulagu dan memberinya motivasi untuk menguasai Baghdad dan berjanji akan membantunya sambil menggambarkan keadaan pertahanan Baghdad ketika itu yang semakin lemah. Dia melakukan itu semua demi membanteras sunnah, menampakkan bid'ah rafidhah dan menukar kuasa dari Bani Abbasiyyah kepada Alawiyyah.

Pasukan Hulagu kemudian bergerak menuju Baghdad. Pasukan Khalifah baru menyedari bahawa Tatar telah bergerak masuk. Usaha penghadangan Tatar yang dilakukan oleh khalifah gagal hingga akhirnya Tatar berjaya menguasai sebahagian wilayah Baghdad. Dalam keadaan itu, Ibnul Alqami berjumpa Hulagu dan membuat perancangan dengannya kemudian kembali kepada khalifah Muktashim dan mencadangkan kepadanya untuk melakukan perdamaian seraya berkata bahawa Hulagu akan tetap memberi kuasa sebagaimana yang Hulagu lakukan terhadap penguasa Romawi. 

Dia mahu menikahkan puterinya dengan anak lelaki kahlifah yang bernama Abu Bakar. Dia terus mencadangkan agar tawaran itu dipersetujui oleh khalifah. Maka khalifah pun berangkat dengan membawa para pembesar pemerintahannya dalam jumlah yang ramai (dikatakan sekitar 1200 orang)

Khalifah menempatkan rombongannya di sebuah khemah. Lalu menteri Ibnul Alqami mengundang para ahli fekah dan tokoh untuk menyaksiakan akad pernikahan. Maka berkumpullah para tokoh dan guru Baghdad yang diantaranya adalah Muhyiddin Ibnul Jauzi beserta anak-anaknya untuk berjumpa Hulagu. Apabila tiba, pasukan Tatar membunuh mereka semua. Begitulah setiap kelompok dari rombongan khalifah yang datang dibunuh. Tidak cukup dengan itu, pembunuhan berterusan terhadap seluruh penduduk Baghdad. Tidak ada yang terkecuali selain dari penduduk kota Baghdad yang bersembunyi. Hulagu juga membunuh khalifah dengan cara mencekiknya atas nasihat Ibnul Alqami.

Pembunuhan beramai oleh Tatar terhadap penduduk Baghdad berlangsung selama empat puluh hari. Satu juta mangsa yang terbunuh akibat kekejaman Tatar. Kota Baghdad hancur dibasahi darah, rumah penduduk porak-peranda, buku-buku peninggalan para ulama semua dibakar dan Baghdad telah jatuh kepada penguasa kafir Hulagu Khan.

[Lihat Al Bidayah wa Al Nihayah, vol. 13, hal. 192, 234 - 237, Al-Nujuum Al Zaahirah fii Muluuk Mishr wa Al Qahirah, vol. 2, hal. 259 - 260].

Comments