Amerika tinggalkan bumi Iraq dengan sejuta ekor anjing


Ketika tentera Amerika pulang perang ke negaranya, banyak anjing memenuhi setiap jengkal tanah Iraq. Banyak sebab mengapa anjing-anjing ini dibawa secara besar-besaran ke Iraq. New York Times menyebutnya sebagai sesuatu yang terlambat bagi masyarakat Iraq mengenali anjing.

Sejak dulu, Iraq mempunyai sejarah yang pendek tentang anjing. Kanak-kanak Iraq tidak pernah memilih anjing sebagai binatang peliharaan mereka. Sebabnya sudah jelas anjing adalah najis. Semasa pergolakan Sunni dan Syiah, kerajaan Iraq juga menghadapi musuh baru iaitu anjing.

Menurut Daily Mail Britain, Iraq menghabiskan 35 juta dinar untuk membeli senapang baru yang akan digunakan untuk membunuh sekitar sejuta ekor. Dalam satu hari, pihak keselamatan Iraq perlu membunuh 2400 ekor. "Kita boleh menganggap ini adalah kempen terbesar dalam melaksanakan untuk membasmi anjing," kata Ketua Doktor Haiwan Baghdad, Mohammed al-Berbukit.

Kedengarannya kejam dan seperti jenayah. Tentera Amerika datang ke Iraq membawa anjing-anjing ini dengan dua tujuan iaitu sebagai binatang peliharaan, dan sebagai penjejak jerangkap samar yang banyak tertanam di bumi Iraq. Anjing-anjing yang ditinggal sangat liar dan ganas.

Bagi rakyat Iraq, anjing-anjing selain kerana najis, penyakit rabies juga menjadi ancaman kepada penduduk. Ibu bapa di Iraq tidak membiarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah.

Komando tentera AS sebenarnya melarang tenteranya memelihara haiwan ketika berada dalam zon perang. Mempunyai anjing di Iraq seperti menggunakan ubat-ubatan terlarang, mengedarkan pornografi, minum minuman keras, menjaga rampasan perang, atau menjual pistol.

Mengapa anjing-anjing ini menjadi banyak di Iraq? Jika anda berjalan di Iraq, anda tidak akan tahu dan yakin bahawa tanah yang anda akan pijak itu akan meletup atau tidak. Sebab itu anjing dijadikan pengesan jerangkap samar  walaupun alat pengesan masih digunakan. Kos yang dikeluarkan hanya sekitar $8,000 hingga $ 18,000 bagi setiap anjing dan bergantung pada tahap latihan mereka. Ada penjimatan kos yang sangat banyak daripada menggunakan alat pengesan.
Ketika Amerika Syarikat menceroboh pada tahun 2003, pihak polis Baghdad hanya mempunyai sekitar 12 ekor anjing. Pada tahun 2010, tentera Amerika "menyumbangkan" sekitar 270 anjing pengesan.

Mushib, seorang pengusaha anjing sekarang ini mempunyai 310 anjing yang dikerahkan di seluruh wilayah Iraq. Dari jumlah tersebut, 302 dilatih untuk menghidu bahan letupan dan 8 ekor untuk mengesan dadah. Tambah Mushib, dia memerlukan sekitar 600 anjing yang baru.

"Anjing di Iraq telah terbukti lebih berkesan dibandingkan dengan alat pengesan yang kami miliki," katanya.

Di unit tentera Iraq sekarang ini telah wujud unit anjing iaitu Unit K-9. Mereka menjadi penjaga keselamatan 24 jam yang mengesan setiap tubuh rakyat Iraq yang merasa jijik dengan air liur anjing. Dan jika diperlukan, anjing-anjing itu dilepaskan dan memburu rakyat yang dianggap sebagai penghalang demokrasi atau menentang kerajaan di neger bekas kerajaan Saddam Hussein itu.

Comments