Ayah Benjamin Netanyahu laknatullah |
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu bahwa ayahnya pernah meramalkan serangan 11 September terhadap menara kembar World Trade Center New York pada tahun 1990-an.
Haaretz melaporkan bahawa kenyataan tersebut dilontarkan pada peringatan 100 tahun hari lahir ayahnya, Benzion Netanyahu yang merupakan seorang sejarawan dan aktivis Zionis.
Perdana Menteri Israel tersebut menambah bahawa orang-orang yang tidak mengetahui masa lalu mereka tidak akan mengerti dan tidak akan mampu meramalkan masa depan mereka.
Pada tarikh 17 April 2008, harian Israel Maariv melaporkan bahawa Benjamin Netanyahu pada ketika itu merupakan pemimpin Parti Likud, mengatakan kepada audiens di Universiti Bar Ilan bahawa Peristiwa 11 September 2001 menguntungkan Israel.
"Kami mendapat keuntungan dari satu perkara, dan perkara itu adalah serangan terhadap menara kembar dan juga Pentagon serta perjuangan Amerika di Iraq," kata Netanyahu kepada Maariv. Dia juga menambah bahawa kejadian tersebut "menggiring pendapat awam Amerika untuk keuntungan kami."
Tidak berapa lama kemudian, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mendedahkan keraguannya terhadap peristiwa 11 September. Diia berkata 9/11 hanyalah alasan yang sengaja dicipta untuk menceroboh Afghanistan dan Iraq.
"Dengan alasan itu, mereka (AS) menyerang Afghanistan dan Iraq. Dan sejak saat itu, berjuta orang yang telah mati, itu baru di Iraq."
Berkaitan ancaman Iran, Netanyahu membandingkan Ahmadinejad dengan Adolf Hitler dan menyamakan program nuklear Tehran dengan ancaman Nazi terhadap Eropah pada akhir tahun 1030-an.
Netanyahu mengatakan bahawa ada satu perkara yang membezakan Iran dengan Nazi. "Rejim Nazi memulakan konflik global sebelum mengambangkan senjata nuklear," kata Netanyahu. "Rejim ini (Iran) mengembangkan senjata nuklear sebelum terlibat dalam konflik global."
Beberapa waktu lalu, pasukan King dari laman Salem News melaporkan "Kerajaan AS memang ingin masyarakat percaya bahawa bangunan-bangunan tersebut runtuh kerana kebakaran. Akan tetapi, dalam sejarah belum pernah ada api yang mampu meruntuhkan bangunan pencakar langit. Jilatan api memang membakar hingga kerangka bangunan, tapi api tidak boleh meruntuhkan bangunan. "
"Anggap saja hal itu mungkin terjadi, maka menara kembar WTC adalah bangunan yang paling tidak akan runtuh. Rangka keluli menara kembar tersebut tidak akan berlaku apa-apa, bahkan jika bangunan sendiri runtuh."
"Ketika kami mula menulis mengenai hal ini. Matt Lintz, desainer web kami, mengetahui adanya usaha-usaha Angkatan Udara AS untuk meretas laman Salem News."
Salem News menyebutkan bahawa mungkin setengah penduduk AS masih belum menyedari bahawa ada bangunan ketiga yang juga turut runtuh pada tarikh 11 September 2001. Bangunan tersebut tidak dihentam pesawat. Namun, dalam bangunan tersebut terdapat banyak catatan yang berharga bagi industri kewangan.
Richard Gage, seorang arkitek berasal dari San Francisco yang merupakan pengasas organisasi bukan keuntungan Architecs & Engineers for 9/11 Truth, mengatakan "Bagaimana mungkin keluli seberat 200000 tan tercerai berai dan runtuh dalam masa hanya 11 saat? Ribuan orang arkitek dan jurutera mempersoalkan hal tersebut, mereka menyeru kepada Kongres untuk memerintahkan siasatan baru terhadap peristiwa runtuhnya menara kembar dan Building 7 (7 World Trade Center). "
"Untuk meruntuhkan bangunan seperti itu dalam waktu yang singkat, perlu ada letupan buatan di bangunan tersebut. Letupan tersebut mestilah mengarah ke luar," kata Richard Gage, seorang arkitek berasal dari San Francisco yang merupakan pengasas organisasi bukan keuntungan Architecs & Engineers for 9/11 Truth.
Jeff Gates, seorang penulis di Salem News memberitahu, satu-satunya negara yang akan mendapat manfaat daripada peperangan (pasca persitiwa 9/11) adalah Israel.
Diterjemahkan dari sumber suaramedia
Diterjemahkan dari sumber suaramedia
Comments
You have really invest a whole lot of opportunity into the posts and it is
truly simply awesome!
Here is my blog; make money home