Terbaru: 73 muslim gugur dan cedera akibat kezaliman rejim Syiah Iraq


Tentera dan polis rejim Syiah Iraq berdepan puluhan ribu rakyat muslim yang berdemonstran di bandar Fallujah wilayah Anbar dengan tindakan yang zalim keatas demonstrasi itu pada Jumaat (25/1/2013). Agensi berita Al-Istiqlal melaporkan sehingga pukul 01.00 Sabtu (26/1/2013), jumlah mangsa gugur dan cedera telah mencapai 73 orang awam muslim.

Seperti hari Jumaat sebelumnya, Jumaat kelmarin dipenuhi puluhan ribu warga muslim sunni Iraq di bandar Fallujah dengan aksi demonstrasi menentang rejim Syiah PM Nouri Al-Malik dan menuntut pembebasan beribu-ribu warga muslim yang dipenjarakan secara zalim oleh rejim. Ribuan tentera dan polis rejim Syiah Iraq meleraikan demonstran dengan gas pemedih mata dan dipukul dengan rotan. Namun ada para demonstran berdegil untuk berganjak sehingga menyebabkann sniper tentera Syiah menembak mereka dengan peluru.

Tentera dan polis rejim Syiah Iraq dikerahkan dalam jumlah yang sangat besar atas perintah PM Nouri Al-Maliki dan Mentri Pertahanan Sakdun Ad-Dulaimi.

Rakyat muslim dipukul secara brutal dan ditembak dengan senjata oleh rejim Syiah telah mengorbankan sekurang-kurangnya 5 warga muslim dan mencederakan lebih dari 65 warga yang lain. Para demonstran meluahkan kemarahannya dengan membakar semua kereta tentera rejimSyiah jenis Hammer yang berada di lokasi kejadian.

Sejumlah ketua suku dan pemimpin masyarakat bandar Fallujah telah menuntut regim Syiah Iraq untuk menghentikan penumpahan darah para demonstran awam muslim.

Mufti Iraq, Syaikh Rafi 'Al-Rifa'i, telah menuntut regim Syiah Iraq untuk segera menarik keluar tentera dan polis dari bandar Fallujah. Beliau menegaskan penduduk muslim sunni Iraq tidak akan pernah berundur dari tuntutan pelengseran rejim Syiah Iraq dan pembebasan ribuan tawanan muslim.

Selama enam minggu terakhir, Iraq telah menyaksikan gelombang revolusi Iraq "Arabic Spring" dengan tuntutan utama pelengseran rejim Syiah PM Nouri Al-Maliki dan pembebasan ribuan tawanan muslim sunni. Negeri Anbar, Salahuddin, Kirkuk, Mosul, Baghdad, Babil, Basrah dan Diyala diwarnai dengan aksi demonstrasi ratusan ribu warga muslim sunni.

Comments