Friday, August 30, 2013

8.5 juta orang masuk Islam di tangan Dr. Abdur Rahman as-Sumayt

Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raji'un . Lebih 8.5 juta masyarakat Afrika masuk Islam di tangannya dengan izin Allah, Dr. Abdur Rahman as-Sumayt meninggalkan dunia dengan amal jariah yang pahalanya terus mengalir InsyaAllah. Wafat pada hari khamis 15/08/2013.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Mungkin, banyak di antara kita yang tidak mengenali beliau. Berikut riwayat singkat tentang da'i besar ini .

***
8.5 Juta Nasrani masuk islam di Tangannya

Lelaki dalam foto ini mengidap diabetes sejak lama dan telah tiga kali diserang trombosit ( pembuluh darah tersumbat) di kepala dan hatinya. Dalam keadaan seperti ini, orang biasa seperti kita mungkin sudah putus asa, atau paling tidak pun akan melemahkansemangat hidup, atau keinginan berkarya.

Tapi tidak dengan beliau. Dengan keadaan seperti ini dia telah menghabiskan 30 tahun dari umurnya mengembara di Afrika, berdakwah dan melebarkan keagungan islam.

Beliau adalah Syekh Dr. Abdur Rahman as-Sumayt.

Tokoh yang berasal dari Kuwait ini telah mengislamkan 5 juta kaum nashrani Afrika selama 30 tahun dakwahnya. Pahala amal baik dan ibadah ke-5 juta orang ini akan mengalir kepada beliau selama hidupnya dan setelah dia wafat, InsyaAllah. Bayangkan bila setiap satu keluarga dari mereka memilki dua atau tiga anak, berapa banyak pahala yang akan dilimpahkan kepada da'i yang telah menghabiskan sebahagian besar dari hidupnya di Benua Afrika ini .

Kejadian yang sangat mengharukan dan acap kali membuat beliau berlinang air mata, adalah ketika dia menyaksikan sekumpulan orang dari negeri sahabat Bilal bin Rabah ini menunjukkan jari telunjuknya ke langit dan berucap: " Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah ... Wa Asyhadu Anna Muhammadan Rasuulullaah ".
Kemudian mereka menangis tersedu-sedu, ditambah dengan mengingati ayah ibu mereka mati dalam kekafiran. Ramai dari mereka berkata: "Di mana kalian wahai kaum muslimin ? mengapa baru sekarang kalian datang? "

Sudah sering kali beliau menghadapi ancaman pembunuhan oleh beberapa militan kafir dan kerap juga beliau diserang oleh ular tedung.

Beliau bercerita : "Saya pernah memandu kereta bersendirian ratusan kilometer menuju sebuah kampung di pedalaman Afrika. Di tengah jalan kereta mengalami kerosakan dan saya terpaksa berjalan kaki sehingga selipar saya putus. Pada saat yang sama saya melihat seorang mubaligh terbang dengan helikopter di atas saya. "

Tapi sesungguh Allah itu Maha Adil: "Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang -orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi- saksi ( hari kiamat)" . ( QS. Al-Mukmin/Ghafir : 51)
Dalam satu temu bual di televisyen Kuwait dia bercerita : "Pada suatu masa yang lalu ketika saya berdakwah di Afrika, hanya dalam beberapa hari sudah ratusan orang masuk islam. Kemudian seorang mubaligh Katholik datang kepada saya dan berkata dengan penuh tanda tanya: ' Aku dan bapakku lahir di sini, dan datuk saya telah tiba di sini kira-kira seratus tahun yang lalu untuk melaksanakan misi kristianisasi tapi hanya sedikit yang berjaya kami kristiankan. Sedangkan kalian hanya dalam beberapa hari berada di sini telah berjaya mengislamkan ratusan orang? ' "

Subhanallah .. , ini kerana Islam adalah fitrah setiap manusia.

Dr. Abdur Rahman as-Sumayt juga menubuhkan Yayasan Al- 'Aun Al - Mubasyir yang berpusat di Kuwait. Yayasan ini sudah mencapai pelbagai prestasi dalam bidang dakwah dan kemanusiaan, di antaranya:

1. Mencetak 3288 Da'i , majoriti dari mereka adalah yang masuk islam di tangan beliau .
2. Membina 1200 masjid .
3. Membantu 9500 anak yatim.
4. Membuat 2750 paip air dari punca bawah tanah.
5. Sumbangan berupa 160 tan bahan makanan, pakaian, dan ubat- ubatan.
6. Membahagikan 51 juta mushaf Al -Qur'an.
7. Membina 102 Islamic center.
8. Mengadakan 1450 daurah dan bimbingan kegamaan .
9. Pendidikan untuk 95000 anak muslim yang miskin.
10. Mendirikan 200 pusat latihan kemahiran sekaligus membuka peluang pekerjaan bagi wanita muslimah.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.wordpress

1 Responses to “ 8.5 juta orang masuk Islam di tangan Dr. Abdur Rahman as-Sumayt”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam