Daging babi dilabel 'Halal' angkara sabotaj

Orang islam di Afrika Selatan memngadakan protes terhadap syarikat pengeksport daging terbesar negara itu kerana syarikat yang berpusat di Cape Town bernama Orion Cold Storage itu akibat salah memasang label halal pada daging babi yang telah pasarkan di Afsel.

Patrick Gaertner, pemiliknya, bahkan juga menerima ancaman bunuh. Kesnya kini dibawa ke mahkamah.
Dalam pembelaannya, Gaertner berdalih bahawa pemasangan label itu bukan disengajakan oleh pihaknya, namun mungkin telah disabotaj oleh pesaingnya. 

"Mereka membayar pekerja kami untuk sengaja memasang label secara salah sebelum daging-daging itu dihantar ke kedai-kedai," katanya.

Gaertner berkata, terlalu sayang jika reputasi yang telah mereka bangun selama bertahun-tahun dirosakkan oleh hal sebegitu.


Comments