Subhanallah, pembungkusan tulang oleh otot

Sisi penting lain tentang maklumat yang disebutkan dalam ayat-ayat Al-Quran adalah tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalam ayat tersebut bahawa dalam rahim ibu, mulanya tulang-tulang terbentuk, dan selanjutnya terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. "(Surah al-Mu'minuun: 14)

Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim ibu. Hingga akhir-akhir ini, para ahli embriologi beranggapan bahawa tulang dan otot dalam embrio terbentuk secara bersamaan. Kerananya, sejak dulu ramai orang yang menyatakan bahawa ayat ini bertentangan dengan ilmu pengetahuan.

Namun kajian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan menggunakan perkembangan teknologi baru telah mendedahkan bahawa kenyataan Al-Quran adalah benar kata demi katanya.

Penelitian di peringkat mikroskopik ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam rahim ibu terjadi dengan cara sama seperti yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama, rangkaian tulang rawan embrio mula mengeras. Kemudian sel-sel otot yang terpilih dari rangkaian di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.

Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah dengan ayat berikut: Dalam minggu ketujuh, rangka mula tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang mencapai bentuknya yang kita kenal. Pada hujung minggu ketujuh dan selama minggu kelapan, otot-otot menduduki kedudukannya di sekeliling bentukan tulang. (Moore, Developing Human, 6. Edition, 1998)

Ringkasnya, tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam Al-Quran, benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi modern.

- terjemahan dari republika.co.id | sumber asal Harun Yahya

Comments