Dalam salah satu hadisnya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:
"Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih." (Riwayat Ibnu Hibban)
Dan sabdanya pula:
"Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Sedang iman itu akan bersama pemiliknya ke syurga." (Riwayat Thabarani)
Rasulullah s.a.w. sangat menekankan tentang masalah kebersihan pakaian, badan, rumah dan jalan-jalan. Dan lebih serius lagi, iaitu tentang kebersihan gigi, tangan dan kepala.
Jangan meremehkan kesihatan mulut. Rajinlah menggosok gigi dan membersihkan mulut tidak hanya baik untuk kesihatan gusi dan kepercayaan diri, mulut yang bersih ternyata boleh mengurangkan risiko radang paru-paru-paru atau pneumonia.
Kajian terbaru yang dilakukan oleh saintis dari Universiti Yale mengatakan bahawa keadaan mulut berkaitan dengan kesihatan sistem pernafasan. Hal ini ditemui pada pesakit-pesakit di beberapa hospital. Para penyelidik mencari fakta bahawa orang yang mengalami sakit paru-paru awalnya 'memelihara' bakteria di dalam mulut mereka. Pasukan mendapati bahawa kira-kira 37 pesakit pneumonia telah mengalami perubahan yang signifikan dalam 'komposisi bakteria' dalam mulut mereka terlebih dahulu.
"Penemuan ini dapat memperbaiki cara kita mencegah pneumonia di masa akan datang," kata pemimpin kajian, Dr Samit Joshi, seperti dilaporkan dailymail.co.uk.
CEO British Dental Health Foundation, Nigel Carter memperkuatkan penemuan Joshi. Beliau berkata bahawa merawat gigi boleh meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan. "Hubungan antara kesihatan gusi dan kesihatan secara keseluruhan sudah dipelajari, menjaga kesihatan mulut benar-benar membantu mencegah penyakit," ujar Carter. - disusun dari pelbagai sumber
Comments