Friday, January 6, 2012

Di awal pagi cuti tahun baru, sikap orang islam eropah ini patut dipuji

Aksi Simpatik Komunitas Muslim Sehabis Perayaan Tahun Baru
Apakah yang dilakukan oleh komuniti Muslim ini patut dipuji dan menjadi contoh Muslim lainnya.

Ketika mereka yang masih tertidur puas setelah merayakan malam tahun baru, komuniti Muslim di Denmark, Norway dan Amsterdam melakukan kerja bakti membersihkan sampah sarap yang berserakan selepas menyambut tahun baru.

Sekelompok anak muda Muslim dari Masjid Nusrat Djahan di Copenhagen, Denmark secara sukarela membersihkan jalan dari sampah yang bertebaran.

"Agama kami mengajarkan untuk mencintai negeri tempat kami tinggal. Jika mencintai negeri kami, kami perlu memelihara kebersihannya," kata ketua masjid bernama Muhammad Zakaria Khan.

"Selain itu, kebersihan adalah sebahagian dari iman. Oleh sebab itu saya mengajak 35 orang dari komuniti Muslim ini untuk membantu membersihkan bandar," sambungnya.

Selain di jalan bandaran, para pemuda masjid itu juga melakukan kerja pembersihan di tempat lain di Copenhagen. Zakaria mengatakan, aktiviti ini bukan untuk dilakukan sekalinya dan kemungkinan akan dijadikan agenda kegiatan tahunan.

Kegiatan serupa juga dilakukan oleh komuniti Muslim di kota Oslo, Norway dan kota Asmterdam, Belanda. - terjemahan dari eramuslim.com


0 Responses to “Di awal pagi cuti tahun baru, sikap orang islam eropah ini patut dipuji”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam