Saturday, January 7, 2012

Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini, sujud boleh melihat terus ke dalam laut


Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi.

Masjid Hassan II merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.



Masjid dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.

Ini merupakan permintaan khas dari Raja Hassan kerana di dalam Al-Quran, kitab suci umat Islam, disebutkan bahawa singgahsana Tuhan terletak di atas laut. Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus ke dalam laut.
Masjid direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas Turki dan mempunyai lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).

Seni bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam. Semua tetamu boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dipandu oleh pemandu pelancongan yang menjelaskan secara terperinci interior masjid. - terjemahan dari blog-ansyari.blogspot.com

1 Responses to “Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini, sujud boleh melihat terus ke dalam laut”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam