Friday, January 27, 2012

Rakyat Britain kagum dan tertarik dengan ibadah Haji

Dalam pameran haji yang berlangsung di Muzium di Britain, satu perkara dapat disimpulkan bahawa warga Britain dilihat kagum dengan proses ibadah rukun Islam kelima ini. Seorang curator muzium, Qaisra Khan, yang baru saja naik haji untuk kali pertama tahun lalu menikmati pengalaman yang campur aduk ketika mengerjakan haji. ''Dikelilingi oleh jutaan orang yang ingin beribadah, luar biasa,''ujarnya.

Di tempat yang sama, para tetamu juga bakal mendapatkan kisah dari Lady Evelyn Cobbold, seorang bangsawan Scotland. Catatan hariannya tentang haji sangat menyentuh. Dia menulis,''Nampaknya, saya memang selalu menjadi seorang Muslim.''Lady Evelyn adalah perempuan Inggeris pertama yang memutuskan menjadi mualaf. Dia sempat menunaikan ibadah haji pada 1933.

Ada pula kisah dari mualaf Harry St John Philby, ayah dari agen perisikan Kim Philby.

Tidak ketinggalan, ada catatan harian dari seorang gadis Inggeris berusia 10 tahun, Saleena Nur Mohammed. Dia sempat mengerjakan haji bersama keluarganya pada tahun 2006. Dia menulis bahawa dia sebelumnya tidak dapat melihat Kaabah denga jelas sehingga akhirnya dia mencari gambaran yang jelas.''Sebuah objek yang sederhana, namun sangat menakjubkan dan luar biasa,''kata dia.

Uniknya, Qaisra yang juga mendapat tugas untuk mengumpul pelbagai benda untuk koleksi pameran muzium, tidak ketinggalan membeli-belah. Alhasil, di tengah-tengah kekhusyukan beribadah, dia pun berkeliling mencari kain putih yang dipakai para jemaah haji, gelas model Kaabah, sampai Al-Quran digital. ''Saya sempat berfikir, apakah saya perlu beribadah atau membeli hadiah? Saya melakukan kedua-duanya. Saya bilang sih pada semua orang apa yang saya lakukan dan mengapa, tapi saya fikir mereka tidak akan percaya,''kata dia sambil tersenyum.

- sumber dari republika.co.id

0 Responses to “Rakyat Britain kagum dan tertarik dengan ibadah Haji”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam