Monday, January 30, 2012

Renungkan lah! Kalaulah bukan kerana Allah menutup keaiban kita

Pada zaman Nabi Musa `alaihis salam, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, "Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami." Maka berangkatlah Nabi Musa `alaihis salam bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih daripada 70 ribu orang. Mulakan mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan kumuh penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak .... Wansyur `alaina rahmatak ... warhamnaa bil athfaal ar rudhdha '... wal bahaaim ar rutta' ... wal masyaayikh ar rukka '... .."

Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin kemilau. (Maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul).

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, "Ilaahi ... asqinaa ...."

Allah pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kamu ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kamu semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian. "

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak kunjung turun."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri, maka tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, kwtika itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun. "

Maka hatinya pun gundah gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata lirih, "Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadamu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi` aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada Mu, maka terimalah taubatku. "

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia." Allah berfirman, "Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak kunjung turun."

Musa berkata, "Ya Allah, Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka` aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku, apakah Aku membuka `aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku?!"

- terjemahan dari smartnewz.info

0 Responses to “Renungkan lah! Kalaulah bukan kerana Allah menutup keaiban kita”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam