Subhanallah, 20 tan ikan mati terdampar di pantai

foto
Ribuan ikan mati di sebuah pantai di Norway pada malam tahun baru. Penyelidik masih menyiasat punca kematian kira-kira 20 tan ikan haring tersebut.

Penduduk di Kota Kvennes terkejut apabila mendapati sekitar 20 tan ikan haring membanjiri pantai tersebut. Sebahagian pemerhati berkata ikan-ikan ini mungkin ketakutan kerana dikejar ikan pemangsa yang lebih besar. Akibatnya, ikan-ikan haring tersebut lari ke arah pantai dan mereka ditolak ke pantai oleh ombak.

Tekaan lain yang adalah ikan-ikan tersebut mati kerana terdampar akibat ribut. Ada pula mengatakan beribu-ribu ikan haring itu mati kerana penyakit.

Penyelidik di Norwegian Institute of Marine Research, Jens Christian Holst berkata, "Saya tidak pernah melihat jumlah ikan haring terdampar sebanyak ini."

Seorang rakyat tempatan bernama Jan-Petter Jorgensen mengambil gambar ribuan ikan haring yang mati tersebut. Menurut Petter, suhu yang mencapai negatif 15 darjah Celsius membuat bau busuk tersebar.

Ini bukan kes pertama kematian binatang di awal tahun 2012. Sekitar 100 burung hitam bersayap merah juga mati di Arkansas pada malam tahun baru.






Comments

Anonymous said…
Senang jer jawapannya.. Tuhan yang punya kerja misteri macam ni. Apa nak siasat lagi.. Kuasa Tuhan..