Hikmah membaca Bismillah

Sebenarnya ayat ini terlalu banyak hikmahnya. Ini adalah sebahagian daripada hikmah yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya.

Membaca sebelum tidur sebanyak 21 kali akan mengelakkan rumah daripada dimasuki pencuri, perompak, orang jahat dan pelbagai bencana penyakit lain.

Orang yang tidak mempunyai otak cerdas di samping terus berusaha dan berdoa, amalkanlah membaca bismillah sebanyak 786 kali di malam hari dengan tertib, kemudian pagi-pagi harinya diberikan minum kepada insan yang dimaksudkan tadi .Insya Allah, akan dibantu Allah terlepas dari masalahnya.

Jika anda dizalimi, jangan membalas, sebaliknya apabila bertemu dengan orang yang menzalimi itu bacalah kepadanya 50 kali. Insya Allah insan yang menzalimi tadi dengan izin Allah dengan sendirinya akan insaf dan menyesali perbuatannya.

Jika anda hendak ke sawah padi atau bendang. Anda tidak mahu supaya segala hama dan perbuatan tangan jahil manusia, maka cubalah tuliskan 101 kali di kain @ kertas putih, dimasukkan ke dalam botol dan dipendamkan di tengah sawah atau di tengah kebun. Insya Allah akan selamat. Tapi yang lebih penting daripada itu ialah selalu berdoa dan pasrah terhadap keEsaan Allah.

Hadis Riwayat Ibnu Hibban.
"Setiap pekerjaan yang mempunyai kebaikan (penting) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut bismillahir rahmaanir rahiim, maka pekerjaan (urusan) itu akan pincang."

Ambil segelas air dan bacakanlah air itu dengan ayat ini sebanyak 786 kali, kemudian berilah minum air itu kepada orang yang dimaksudkan. Nescaya jika ada rasa kebencian padanya, akan bertukar sebaliknnya menjadi rasa kasih yang mendalam.

Tuliskan ayat ini pada kepingan timah hitam. Kemudian taruhlah kepingan itu pada pukat atau jaring yang telah dipasang. Insya Allah, ikan akan datang dari semua penjuru dan masuk ke dalam pukat serta jaring yang telah dipasang. Lakukanlah dengan penuh keyakinan dan bertawakkal kepada Allah kerana rezeki itu datang dari Allah sedangkan kita cuma dapat berikhtiar dan berharap.

- sumber virtualfriends.net

Comments