Masjid Ibrahim saksi kebiadaban Israel dan Yahudi

Di tengah-tengah bandar "Hebron" Khalil Ar-Rahman (gelaran Nabi Ibrahim), di tengah-tengah kampung-kampung bersejarah yang usianya lebih dari 6000 tahun, berdirilah bangunan Masjid Ibrahim. Dengan menara menjulang gagah dan kubah serta arkiteknya yang bersejarah seakan mengisytiharkan identitinya sebagai masjid milik bangsa Arab dan Islam. Masjid ini membawa warisan peninggalan para nabi Ibrahim, Ishak, Yakub dan Yusuf.

Akar bandar bersejarah ini berdiri 6000 tahun lalu. Bandar ini dibina oleh bangsa Arab Kan'an. Ibrahim alaihissalam singgah di sana pada tahun 2800 SM. Bandar ini menjadi tempat tinggalnya, anak-anak dan cucunya. Di sanalah Ibrahim membina asas-asas keimanan dan tauhid.

Tahun 15 H, kaum muslimin menguasainya setelah Baitul Maqdis (Al-Quds) dikuasai. Namun kaum Salib kembali merebutnya tahun 492 H. Selama 90 tahun kota ini hidup di bawah cengkaman dan kezaliman kaum Salib. Namun ia kembali di bawah pangkuan Islam setelah dibebaskan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubi tahun 583 H.

Di bawah kuasa Mamalik (650-915), kota Hebron tumbuh besar dari sisi bangunan fizikal dan peradabannya. Di bandar ini mereka bangun masjid-masjid, menara, pesantren, sekolah, toilet-tolilet dan kemudahan am yang memberikan pengaruh budaya dan peradaban.

Bandar Hebron "Khalil" dan masjidnya "Ibrahim" jatuh di bawah kekuasaan penjajah zionis Israel pada Jun 1967. Tentera Israel dan warga penduduk Yahudi melecehkan dan menginjak-injak kemudahan dan laman masjid. Mereka mengadakan perayaan dan pesta minuman keras dan mengotori kesuciannya. Israel tidak lagi mengindakan perasaan umat Islam dan harga diri mereka.

Bandar Hebron "Khalil" dan masjidnya "Ibrahim" jatuh di bawah kekuasaan penjajah zionis Israel pada Jun 1967. Tentera Israel dan warga penduduk Yahudi melecehkan dan menginjak-injak kemudahan dan laman masjid. Mereka mengadakan perayaan dan pesta minuman keras dan mengotori kesuciannya. Israel tidak lagi memperdulikan perasaan umat Islam dan harga diri mereka.

Israel menukar Masjid Ibrahim menjadi sinagog Yahudi. Di samping itu, mereka mengubahnya menjadi barak tentera di dalamnya dan sekitarnya. Bahkan pemerintah penjajah Israel merosakkan kampung-kampung Palestin di sebalah timur Masjid Ibrahim. Ini bertujuan agar umat Islam tidak boleh solat di masjid tersebut.

Sebahagian besar kampung Salayimah, Jabir, Ain Hamra juga telah dibongkar Israel. disanalah Israel membina tempat rekreasi, kafe dan tempat rehat warga penjajah Yahudi.

Sementara di dalam masjid, kita dapati bencana lebih menyakitkan. Tahun 1980, penjajah Israel memutuskan untuk memberikan izin rasmi kepada warga Yahudi untuk menggelar ritual di dalam Masjid Ibrahimi dan sebahagian besar laman. Kecuali di sisi Jawiliyah yang dibina Sultan Sinjar Jawali di awal abad 8 H.

Laman Utama Masjid Ibrahim, yang disebut laman Ishak, Yakub dan Yusuf, semuanya di bawah kuasa warga penjajah Israel. di sana ditulis dengan tulisan dari Taurat. Sementara umat Islam dilarang masuk ke sana. bahkan di hari-hari besar Aidil Fitri, Adha, Jumaat dan Ramadhan sekalipun.

- sumber dari republika.co.id


Comments