Cara Pejuang Islam Berjihad di Penjara Britain

Gambar hiasan
Berada di balik jeruji besi, para pejuang Islam ternyata tak berhenti untuk berjihad. Mereka pun cara sendiri untuk melancarkan aksinya itu: melalui internet.

Seperti diberitakan oleh Dailymail, para pejuang Islam itu - mereka menyebutnya dengan istilah pengganas Islam yang paling berbahaya - melakukan aksi radikalisasi dengan membuat laman MuslimPrisoners.com. Dailymail menyebutkan, inilah laman web yang menjadi tempat para pengganas Islam itu untuk menyebarkan mesej penuh kebencian.

Dailymail mendedahkan, sejumlah tokoh berada di balik laman ini seperti Abu Hamza dan Rajib Karim. Mereka ini dituding terlihat dalam beberapa konspirasi pengganas pada beberapa dekad lalu.

Terungkapnya laman web ini, tak ayal membuat marah sejumlah anggota parlimen. Seorang anggota parlimen meminta pihak berkuasa penjara agar memperketat sistem keselamatan. Steve McCabe, ahli parlimen Parti Buruh di komisyen dalam negeri berkata, sejumlah bahan-bahan dalam laman web itu 'terasa sangat bernada hasutan'. '' Jika pihak berkuasa penjara mendakwa telah mengawasi dan menapis bahan laman, maka mereka tidak melakukan ini secara berkesan. Inilah saatnya mereka memperketat keselamatan,'' ujar McCabe.

Mereka pun makin kesal kerana dalam laman web itu ada permintaan untuk meneruskan surat mereka ke sejumlah tahanan lain dan mereka akan memaparkan jawapan yang masuk. Transkrip dari puluhan surat itu dipaparkan dalam laman web tersebut. Inilah yang menjadi pertukaran maklumat utama dan kerja sama rangkaian di antara para simpatisan.

Bila menilik laman web ini sekarang, MuslimPrisoners.com boleh jadi sudah mendapatkan sensor ketat kerana saat ini hanya terisi satu muka surat sahaja yang boleh diakses.

- sumber dari republika.co.id


Comments