Penduduk Yahudi Tulis "Kematian untuk Orang Kristian" di Gereja Jerusalem

Kumpulan vandals dari penduduk Yahudi menuliskan "Kematian untuk orang Kristian" di gereja Baitulmuqaddis pada hari Isnin lalu (20/2) dalam serangan sejenis kedua di kota suci bulan ini, kata polis.

Kata-kata "Price Tag", sebuah slogan yang digunakan oleh penduduk Yahudi ultra-nasionalis juga tertulis di dinding Kongregasi Baptist Narkis Street di persekitaran kediaman yang tenang di Baitulmuqaddis Barat.

"Pegawai sedang menyiasat kemungkinan kuat pelaku adalah penduduk yahudi namun belum ada yang ditangkap," kata jurucakap polis Micky Rosenfeld.

Grafiti ini juga termasuk kata-kata tidak senonoh tentang Yesus, dan para pengacau merobek ban kereta yang diletakkan di kompleks gereja.

"Kematian untuk orang Kristian" telah dtulis dalam bahasa Bahasa Ibrani di dinding luar dari Biara Salib, sebuah laman abad ke-11 pada 7 Februari lalu.

Pada hari yang sama, "Matilah orang Arab" ditulis dalam bahasa Ibrani di dinding tempat bermain sebuah sekolah Yahudi-Arab di Jerusalem Timur.

Serangan "Price tag" telah menyasarkan masjid, rumah-rumah Palestin dan ketenteraan Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Sejak Disember tahun lalu, lima masjid telah dirosakkan dalam serangan yang dilakukan oleh ekstrimis Yahudi. Sebuah masjid kuno di Jerusalem dibakar pada tarikh 13 Disember, dan disembur dengan simbol Bintang Daud, "Muhammad adalah seekor babi" dan "Arab yang baik adalah Arab yang sudah mati" dalam bahasa Ibrani.

Serangan penduduk Yahudi di Tebing Barat terhadap warga Palestin meningkat lebih daripada 50 peratus pada 2011, menurut Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Kemanusiaan.

- sumber dari eramuslim.com


Comments

Anonymous said…
Serigala berbulu kambing biri-biri tu..
Anonymous said…
Yahudi la'natulLah akan terus bodoh dan bermaharajalela selagi masa kemusnahan mereka belum tiba, dan kezaliman serta kejahatan mereka itulah yang membuka pintu jihad untuk umat Islam. الله اكبر