Sebidang tanah dibeli dari gereja untuk membina sebuah masjid baru

Persatuan Budaya Islam di kota Bordeaux Perancis utara menyatakan bahawa mereka telah membeli sebidang tanah untuk membina sebuah masjid baru.

Beberapa pemerhati melihat bahawa perjanjian itu sangat unik, terutama kerana komuniti umat Islam di Bordeaux membeli tanah untuk membina masjid tersebut dari Gereja Katolik.

Penyelesaian perjanjian pembelian tanah untuk pembinaan masjid dilakukan setelah berbulan-bulan rundingan yang dilakukan oleh pimpinan Persatuan Budaya Islam, Muhammad Boer dengan pihak gereja, di mana perjanjian ini telah menyebabkan kontroversi ketika beberapa ahli parti sayap kanan yang berkuasa dan anti-Islam di bandar itu menentang adanya kesepakatan tersebut.

Dilaporkan bahawa komuniti muslim perlu membayar untuk tanah ini, dianggarkan sekitar 240 ribu euro, yang didapati melalui sumbangan dari umat Islam yang ada di bandar, dan setakat ini dana yang terkumpul telah mencapai 60 ribu euro.

Datuk Bandar dari Bordeaux sendiri menegaskan bahawa dirinya menyokong pembelian tanah untuk pembangunan masjid itu dan menyatakan dirinya tidak boleh meninggalkan sokongan untuk apa yang ia sebut sebagai "dialog antara agama."

- terjemahan dari eramuslim.com

Comments

Anonymous said…
alhamdulilLah