Kenneth Hickman (49), muallaf yang menjadi banduan di penjara Austin Texas, menyaman Jabatan Kehakiman dan Jenayah negeri yang melarang hak asasi dan keyakinan umat Islam untuk memelihara janggut. Anehnya, pihak penjara mengeluarkan larangan janggut dengan alasan kerana janggut boleh digunakan untuk menyembunyikan senjata.
Dalam pembelaannya di mahkamah pada Selasa (31 / 1), Hickman menyebut janggut sebagai sunnah dan identiti seorang muslim. Mahkamah sebelumnya telah memberi izin kepada Hickman untuk memelihara janggut pada bulan Mei. Namun, dia kembali dilarang dan para pegawai penjara terus melecehkannya dan memintanya untuk menyukur janggut tersebut.
"Hanya terpidana Muslim yang akan menggunakan haknya untuk memakai janggut," tulis Hickman dalam pembelaannya.
Namun kerana mahkamah berpihak dengan lembaga negara, maka Jabatan Kehakiman kemudian kembali menegaskan larangan memelihara janggut di penjara Austin Texas. Menurut lembaga ini, semua banduan diharuskan mematuhi peraturan penjara tanpa pengecualian.
Mereka beralasan larangan adalah janggut boleh digunakan untuk menyembunyikan senjata. Janggut juga dinilai boleh menghalang penyiasat untuk mengenalpasti dan memeriksa tahanan. Sembilan negeri di Amerika Syarikat, termasuk Texas, saat ini mempunyai polisi menetapkan pakaian dan penampilan banduan tanpa terkecuali berkaitan urusan agama.
Hickman dihukum penjara 40 tahun atas dakwaan pembunuhan pada 1988 dan serangan terhadap pegawai keselamatan. Di dalam penjara, dia kemudian memeluk Islam. Pada November lalu, ia juga sempat mengeluh bahawa pegawai penjara selalu memaksanya mencukur semua rambut di wajahnya
- sumber dari republika.co.id
Comments