Assalamualaikum wrm wrbt.
- Adakah memakai kopiah ketika bersolat mendapat pahala?
- Adakah nas mengatakan orang lelaki yang memakai kopiah ketika solat mendapat pahala yang lebih daripada mereka yang tidak memakai kopiah?
- Adakah nas mengatakan orang lelaki yang memakai serban ketika solat mendapat lebih pahala daripada daripada mereka yang tidak memakai serban?
- Adakah terdapat perbezaan mendapat pahala memakai serban, kopiah, songkok atau sebagainya ketika bersolat.
Sekian Terima Kasih.
Jawapan.
- Memakai kopiah adalah sunat dan merupakan sunnah dan memakainya akan mendapat pahala.
- Memakai serban adalah sunnah nabi seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud"Berserbanlah kamu kerana syaitan tidak memakai serban."
- Soal ganjaran pahala itu adalah urusan Allah.
- Tuan dinasihatkan jangan memikirkan soal pahala. Tugas hamba Allah adalah melakukan yang diperintahkan.
Wallahu A'lam.
- sumber dari soaljawab.jais.gov.my
Comments