Monday, September 17, 2012

Kekejaman Vasco da Gama terhadap orang Islam didedah

Bagi dunia Barat, Vasco da Gama adalah hero. Namun, ada satu peristiwa mengerikan yang melibatkan bangsawan Portugis peneroka India dan Afrika itu.

Buku berjudul 'The Last Crusade: The Epic of Voyages Vasco da Gama' karya penulis Nigel Cliff memaparkan aib da Gama. Dalam bukunya, Cliff menuliskan kejayaan da Gama ketika memimpin ekspedisi dari Eropah ke India pada 1498. Ia juga menyebutkan peneroka dunia asal Portugal ini adalah salah satu tentera salib.

"Pada ekspedisi seterusnya, dengan jumlah 15 armada kapal bersenjata mencapai India pada Oktober 1502. Dalam eskpedisi keduanya, da Gama merancang menahan kapal Arab," tulis bekas editor Harper magazine, seperti dilaporkan bloomberg.com.

The Miri, demikian nama kapal itu, berangkat dari Makkah membawa pedagang kaya asal Kolkata, India. Mereka merundingkan kebebasan mereka dengan emas dan rempah-rempah. Namun, tawaran itu tidak membuahkan hasil. Da Gama menolak lobi mereka.

Cliff menulis para muslimah sambil mengangkat bayi mereka memohon belas kasihan kepada da Gama. Tapi permintaan para muslimah tak dituruti. Semua penghuni kapal dibantai pasukan da Gama dengan cara dibakar hidup-hidup bersama kapal tersebut. Setelah merampas kapal, armada da Gama hanya menyisakan 17 kanak-kanak yang selanjutnya dibaptis.

"Menurut saksi kejadian, jeritan penumpang terdengar kuat. Miri kemudian dibakar dengan sisa 300 penumpang di dalamnya. Sangat kejam dan tanpa belas kasihan sedikit pun," tulis Cliff.
sumber republika.co.id

1 Responses to “Kekejaman Vasco da Gama terhadap orang Islam didedah”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam