3 Tugas Utama Imam Mahdi di Akhir Zaman

Pada Hari Akhir akan muncul kekacauan yang mengerikan. Menurut cendekiawan Islam, Harun Yahya, Hari Akhir bererti 'masa terkini.'

'' Menurut kitab-kitab Islam, hal ini bererti sebuah tempoh masa yang dekat dengan Hari Kiamat,'' ujarnya.

Ia menuturkan, pada hari akhir itu Allah akan memerintahkan seorang hamba yang mempunyai akhlak yang mulia, yang dikenal sebagai Al Mahdi (pemberi petunjuk ke arah kebenaran).

Imam Mahdi itulah yana akan mengajak umat manusia kembali ke jalan yang benar. Tugas pertama Al Mahdi adalah mengobarkanperang pemikiran di dalam dunia Islam dan mengembalikan umat Muslin yang telah jauh dari intipati Islam sejati, menuju iman dan akhlak sesungguhnya.

'' Dalam hal ini, Al Mahdi mempunyai tiga tugas asas,'' ujar Harun Yahya. Berikut ini ketiga tugas Imam Mahdi itu:

1. Menghancurkan seluruh sistem falsafah yang mengingkari kewujudan Allah SWT.

2. Memerangi khurafat dengan membebaskan Islam penindasan orang-orang munafik yang telah menyimpangkan agama, dan kemudian mengungkap dan melaksanakan akhlak Islam sejati yang berdasarkan pada aturan Al-Quran.

3. Memperkuat seluruh dunia Islam, baik secara politik mahupun sosial, dan kemudian mengembangkan keamanan, keselamatan, dan kesejahteraan serta menyelesaikan pelbagai masalah kemasyarakatan.

'' Menurut sejumlah besar hadis, Nabi 'Isa AS akan turun ke bumi pada waktu bersamaan dan akan menyeru seluruh penganut Kristian dan Yahudi, khususnya, untuk meninggalkan pelbagai kepercayaan tahyul yang diyakini oleh mereka pada saat ini dan hidup menurut Al-Quran,'' papar Harun Yahya.

Menurut dia, ketika penganut Kristian telah mendengarkannya, umat Islam dan Kristian akan bersama di bawah satu keimanan dan dunia ini akan menghadapi zaman keamanan, keselamatan, kebahagian, dan kesejahteraan yang terbesar yang dikenali sebagai Masa Keemasan.
Sumber republika.co.id/Harunyahya.com

Comments