Friday, January 25, 2013

Mut'ah bagi gadis perawan dapat bonus 150 US Dolar


Kadar kahwin kontrak (nikah Mut'ah) khas Syiah Iran yang dikeluarkan aansar.com ini sungguh mengejutkan. Wanita boleh disewa untuk dinikahi beberapa jam (short time) hingga beberapa hari (long time) dengan kadar hingga 300 dolar. Khusus kahwin kontrak dengan gadis yang masih perawan dapat bonus 150 dolar. Pelacuran yang dihalalkan atas nama agama?
Astan Quds Al-Ridhawy mengumumkan permintaan untuk para gadis yang berumur antara 12 hingga 35 tahun untuk pekerjaan Mut'ah. Astan Quds Al-Ridhawy adalah yayasan yang mengurus wakaf dan urusan agama serta beberapa syarikat perniagaan besar di dalam dan di luar kawasan Khurasan.

Pengumuman ini dikeluarkan seiring peningkatan jumlah permintaan terhadap servis Mut'ah dari para pelancong yang datang ke Bandar Masyhad, demi mewujudkan iklim spiritual yang selesa bagi para pelancong (tentu saja bagi kalangan lelaki dari mereka) serta untuk mendekatkan diri kepada Tuhan melalui pelaksanaan ritual ini.

Berikut ini terjemahan lengkap dokumen pengumuman kadar nikah Mut'ah tersebut:

Bismillahirrahmanirrahim
Nikah itu adalah sunnahku

Yayasan astan Quds Ridhawy (Negeri Masyhad, Bandar Al-Ridha) mengumumkan tentang maksudnya untuk mendirikan sebuah markas tempat melangsungkan akad nikah untuk masa pendek (short time) berhampiran  kubur Imam Al-Ridha alaihissalam, demi meningkatkan iklim spiritual dalam masyarakat dan demi mewujudkan iklim rohani dan ketenangan bagi kawan-kawan penziarah yang melawat kawasan makam Imam sementara mereka jauh dari keluarga mereka.

Untuk itu, maka pihak Yayasan meminta kepada seluruh wanita mukminah yang masih perawan, yang usianya belum melebihi 12 hingga 35 tahun, pihak Yayasan mengajak mereka untuk memberikan bantuan dan terlibat dalam projek ini.

Masa kontrak bagi wanita yang mahu terlibat dalam pekerjaan ini adalah 2 tahun, dan yang menjadi kewajipan bagi wanita yang terikat kontrak dengan Yayasan al-Ridhawy adalah melakukan Nikah Mut'ah selama 25 hari setiap bulan selama masa kontrak kerja.

Dan masa kontrak akan dikira dari bahagian masa kerja, dan masa kerja untuk setiap akad (Mut'ah) bermula antara 5 jam hingga 10 hari dengan setiap lelaki.

Nilai bayaran yang ditetapkan untuk setiap akad Mut'ah adalah berikut:

a. Mut'ah 5 jam: 50.000 Tuman (50 Dolar)
b. Mut'ah 1 hari: 75.000 Tuman (75 Dolar)
c. Mut'ah 2 hari: 100,000 Tuman (100 Dolar)
d. Mut'ah 3 hari: 150.000 Tuman (150 Dolar)
e. Mut'ah 4 s / d 10 hari: 300.000 Tuman (300 Dolar)
f. Khusus bagi para wanita perawan yang baru pertama kali melakukan nikah Mut'ah akan mendapatkan bonus 150.000 Tuman sebagai pengganti penghilangan keperawanannya.

Bagi umat Islam yang istiqamah menjauhi segala bentuk perzinaan, tentunya lebih tertarik membaca istigfar 300,000 kali daripada ganjaran 300,000 Tuman demi kahwin ekspres ini. Muslimah solehah pun lebih tertarik melantunkan ta'awudz 150.000 kali daripada kehilangan keperawanan di bilik Mut'ah untuk bercinta satu malam short time.

Alhamdulillah 'ala al-Islam wa al-Sunnah. Allahumma tsabbit aqdamana 'ala al-Islam was-Sunnah.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos

3 Responses to “Mut'ah bagi gadis perawan dapat bonus 150 US Dolar”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam