"Singa Betina" Tentera wanita Assad


Pemimpin rejim Syiah Nushairiyah Bashar Assad, telah merekrut brigade wanita untuk menjaga pos-pos pemeriksaan dan melakukan operasi ketenteraan, sebagai usaha untuk membebaskan tentera lelaki untuk memerangi Mujahidin, menurut laporan Independent UK pada Selasa (22/1/2013).

Dengan memakai pakaian seragam tentera lengkap dengan senjata Kalashnikov, tentera wanita itu yang digelar "Singa Betina Pertahanan Nasional" adalah sebahagian dari pasukan paramiliter. Mereka dilaporkan telah dikerahkan di Homs.
Abu Rami, jurucakap Suruhanjaya Umum Revolusi Syria di Homs, mengaku pertama kali melihat para tentera wanita itu sekitar minggu lalu di persekitaran Tadmour di pinggiran kawasan Alawiyah, sebelum aktivis lainnya merakam gerakan mereka. Video, yang dirakam secara sembunyi, menunjukkan sekitar enam tentera wanita Nushairiyah menjaga sebuah persimpangan besar.

"Saya sangat terkejut, ini pertama kalinya kami melihat ini," katanya. "Saya rasa ini adalah alasan untuk membuat FSA membunuh para wanita dan kemudian menunjukkannya kepada dunia sebagai propaganda (bahawa mujahidin membunuh wanita), tetapi siapa saja yang bersenjata adalah target yang sah."

Abu Rami juga mengatakan bahawa para tentera wanita rejim itu juga kelihatan di kawasan Wadi al-Dahab, di mana sekitar 500 tentera dilaporkan sedang melakukan latihan ketenteraan di sebuah pangkalan.

Walid al-Faris, seorang aktivis di Homs, menggambarkan bahawa kumpulan tentera baru ini adalah militia Syiah Shabiha juga dengan nama yang berbeza.

Assad memerlukan dorongan psikologi sehingga memerlukan pasukan tambahan bagi menghadapi para Mujahidin.

"Assad perlu orang-orang untuk menjadi tentera di titik ini," kata Emile Hokayem, seorang pakar Syria di Institut Antarabangsa dalam Kajian Perancangan.
Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber arrahmah

Comments