Hikmah disebalik perubahan warna langit ketika masuk waktu Solat


1. Waktu solat Subuh

Jika kita sering memperhatikan waktu selepas subuh, apalagi menjelang siang, langit seringkali berwarna biru yang diselangi dengan merah (oren) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang akan terbit.

Dalam Islam, tidur selepas subuh sangat dilarang kerana akan ketinggalan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah: "Ya Allah berikanlah keberkatan kepada umatku di pagi harinya," (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempengaruhi kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.

Pada waktu Subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama-kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


2. Waktu solat Zohor

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Kita juga amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk menggurangi beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.



3. Waktu solat Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu solat Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) Ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini dengan menunaikan solat Maghrib dulu.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu maghrib ini.

5. Waktu solat Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relaks atau berehat. Allahu alam bi shawwab.




Comments

Unknown said…
Salam.
Tuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG SEJARAH DAN AGAMA. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan