Cara Nabi Muhammad Menyantap Madu

Begini Cara Nabi Muhammad Menyantap Madu
Ketika bangun tidur, Rasulullah selalu mengambil madu. "Cara  Rasulullah  minum madu mungkin berbeza dengan kita, kebanyakan kita mungkin minum madu yang sudah dicairkan dengan air," kata penulis buku sihat ala Rasul, Dr Brilianto M Soenarwo di acara Bincang Kesihatan ala Rasulullah, Sabtu (31/12) di Masjid At-tin.

Ternyata, cara  Rasulullah  minum madu tidaklah demikian. Pengamal kesihatan yang juga dikenali doktor Toni itu menjelaskan bahawa  Rasulullah  mengambil madu lalu mengulum di mulutnya hingga hancur ketika bercampur dengan air liur. Penulis yang telah banyak menghasilkan buku tentang kesihatan ini menjelaskan bahawa madu yang mengandungi fruktosa lebih baik dicampur dengan air liur agar mudah larut dan dicerna oleh perut.

Ia juga menjelaskan mengambil madu di pagi hari boleh menjegah seseorang terkena sakit gastrik. "Pada pagi hari perut kosong kerana  Rasulullah  makan malam ringan sekitar jam 8 malam. Madu boleh melapisi dinding perut sehingga  Rasulullah  tidak terkena gastrik," jelasnya.

Nabi saw biasanya makan malam dengan jumlah yang sedikit. Untuk semasa pengambilan makanan yang lebih banyak  Rasulullah   biasa melakukannya ketika makan tengah hari. - Disusun dari republika.co.id



Comments

Stone525i said…
Salam tuan empunya blog. Blog Detik Islam telah pun di link kan dengan Mimpi Senja.
Detik Islam said…
Terima kasih, mimpi-senja.blogspot.com juga telah di link kan