Tuesday, July 24, 2012

Tiga Langkah Sebelum Pintu Taubat Tertutup

Sebusuk apa pun maksiat yang telah dilakukan dan sebanyak apa pun dosa yang telah dibuat, bila manusia kembali kepada jalan Allah, maka Allah SWT akan menerima taubatnya. Bahkan, terhadap orang yang kafir sekalipun, bila ia memeluk agama Islam, Allah akan mengampuni segala dosanya.

Pintu taubat sentiasa terbuka. Dan, Allah SWT akan senantiasa menanti kedatangan hamba-Nya yang akan bertaubat. Namun demikian, tidak selamanya pintu taubat terbuka. Ada saatnya pintu tersebut tertutup rapat, terutama pada dua keadaan.

Pertama, ketika nyawa manusia sudah berada di kerongkong. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong." (HR Tirmidzi).

Kedua, ketika matahari terbit dari tempat terbenamnya. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah menerima taubatnya." (HR Muslim).

Bila pintu taubat telah tertutup maka penyesalan, permohonan ampunan, perbuatan baik, dan keimanan orang kafir tidak akan bermanfaat lagi. Sebab, Allah SWT tidak akan menerimanya. "Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu, sesungguhnya kami pun menunggu (pula)." (Surah al-An'am [6]: 158).

Hal ini harus menjadi perhatian kita untuk tidak menunda-nunda dalam bertaubat. Sebab, bila tidak akan dilakukan maka bukan tidak mungkin hal itu akan menenggelamkan kita pada kemaksiatan yang pada akhirnya diri kita akan menganggap baik setiap sesuatu yang buruk.

Selagi kita hidup di dunia, mari kita gunakan kesempatan ini untuk menyikapi bersiap diri sebelum pintu taubat tertutup.

Pertama, bersegera melakukan taubat. "Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (QS An-Nisa [4]: 17).

Kedua, bersegera melakukan pelbagai macam kebaikan sebelum datangnya masa yang menyebabkan kita sukar untuk melakukan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda, "Bersegeralah kamu untuk mengerjakan amal-amal soleh, kerana akan terjadi berbagai fitnah yang menyerupai malam yang gelap gelita." (HR Muslim dan Tirmidzi).

Ketiga, berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan takwa kita akan diberi kemampuan untuk membezakan yang benar dan salah. (Surah al-Anfaal [8]: 29). sumber republika.co.id


9 Responses to “Tiga Langkah Sebelum Pintu Taubat Tertutup”

  • August 3, 2013 at 5:47 PM
    saya sentiasa buat dosa lepastu taubat , lepastu buat dosa , taubat balik , buat lagi .
    Tapi saya dah try nak ubah , susah ! susah sangat . Allah terima lg ke taubat saya ni .
  • August 14, 2013 at 10:54 PM
    Ye Allah sentiasa menerima tuabat hambanye... niat. bersertakan dgn doa.usaha.istiqamah & tawakal
  • October 8, 2013 at 4:37 AM
    hidayah milik Allah, saya ah banyak kali taubat.. tapi saya ulang.. Allah terima lagi ke taubat saya.. Allah nak bagi lagi ke hidayah masa saya hanyuy.. saya tknak hanyut lagi.
  • October 8, 2013 at 4:40 AM
    hidayah milik Allah, saya ah banyak kali taubat.. tapi saya ulang.. Allah terima lagi ke taubat saya.. Allah nak bagi lagi ke hidayah masa saya hanyuy.. saya tknak hanyut lagi.
  • October 11, 2013 at 11:47 AM
    Tlg saya jgk..saya sama macam awak.saya buat dosa then taubat then bet blek..da bnyk kali sye ingkari taubat tu.saya da rasa Allah xkn trima da taubat saya.saya takut.saya nak sangat berubah tp saya mudah sangat terpangaruh dengan hasutan nafsu dan syaitan.saya buntu
  • October 25, 2013 at 8:55 AM
    Allah itu Maha Pengampun kan. Dia tahu hambaNya lemah. tapi sama2 mohon lah selalu padaNya agar ditetapkan hati dan dikuatkan iman :')
  • November 7, 2013 at 11:46 AM
    :( kenapa sy rasa mcm Allah tak pandang sy? Atau terpedaya dgn syaitan?
  • November 18, 2013 at 3:44 AM
    Saya turut melakukan kesilapan dan menyesali akhirnya. Allah maha pengampun tp bkn sering memberi keampunan bg setiap dosa. Jd sebab itu kita harus sentiasa memohon utk berada dlm rahmatnya. Saya juga byk dosa.. Setiap dosa yg kita lakukan akan memberi satu titik tanda hitam dalam hati. Lama kelamaan titik itu makin byk dan hati menjadi hitam segalanya. :(( Bersihkan lah hati ku kembali Ya Allah!


  • Besnis produk kesihatan myherb2u
    Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
    http://www.healthbuilders.com.my/
    othmandraman@yahoo.com
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
    http://www.dnaglobal2u.com/
    http://www.iphytoscience.com/
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
    https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
    http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
    https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
    http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
    Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
    Kursus motivasi besnis disediakan
    Stokis/pegedar diperlukan
    Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
    Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
    Kelas mengaji Al Quran disediakan
    Welcome to Health Builders (M) Sdn.
    www.healthbuilders.com.my
    Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna
    Welcome to Health Builders (M) Sdn.
    Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna.
    healthbuilders.com.my



  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

    Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

    Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

    Back To Top
    Profile Picture
    ©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
    E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam