Ini lah tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT

Pada hari akhir, manusia akan ditanya tentang apa saja yang mereka lakukan ketika hidup di dunia.

Pada hari itu, tak ada pertolongan kecuali dari Allah. Tapi, ada tujuh golongan yang nanti akan mendapat pertolongan dari Allah.

Pertama, mereka adalah pemimpin atau imam yang adil.

Kedua, pemuda yang hatinya sangat dekat dengan masjid.

Ketiga, Allah juga akan melindungi dua orang yang saling mencintai kerana Allah. Misalnya, kita menyayangi orang tua kita kerana Allah.

Keempat, yang akan mendapat pertolongan Allah di hari kiamat iaitu lelaki yang tidak tergoda oleh wanita cantik.

Kelima, wanita yang boleh menjaga diri dari lelaki juga akan mendapat naungan dari Allah.

Keenam, orang yang gemar bersedekah juga akan mendapat naungan dari Allah. Diceritakan orang ini jika bersedekah dengan tangan kanannya, maka tangan kirinya tidak tahu.

Ketujuh, orang yang selalu mengingat Allah dalam keadaan sunyi, lalu ia menangis kerana takut kepada Allah.

Semoga kita menjadi salah satu dari tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah.


Comments

Anonymous said…
Amin,moga dipilih olehNya : )